| 0 comments ]



Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu.

Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal dijadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu.

Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu.

Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: "Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah"

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja.

Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: "Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?"

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: "Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya." Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal.

Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.


Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan.

Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya.

Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali radiallahu’anhum.

Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.


Read more...
| 1 comments ]

Asy-Syeikh Ak Semsettin

Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.



Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin."


Persediaan Ke Arah Penawanan

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti.

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.



Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, "sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.

Serangan

Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.

Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.



Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine

Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan.

Antara isi kandungan risalahnya itu, "... serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".

Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.

Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".
Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas...

(Bersambung - Part Akhir...)

* Untuk membaca Part 1 sila klik di sini


Read more...
| 1 comments ]

Dalam entry terakhir di bawah kisah-kisah tokoh Islam yang lalu, kita telah sama-sama membaca dan memahami bagaimana Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan tenteranya telah berjaya menawan dan membebaskan Baitul Maqdis dari tentera Salib.



Kini kita mengorak langkah seterusnya untuk mengenali seorang lagi tokoh Islam yang sangat hebat lagi masyhur. Beliau digelar oleh Rasulullah saw sendiri sebagai "SEBAIK-BAIK KETUA" dan tenteranya pula adalah "SEBAIK-BAIK TENTERA".

Pengenalan

Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.

Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart sebagai, “…kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!”. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.

Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :

Nabi SAW ditanya, manakah di antara dua bandar yang akan ditawan terlebih dahulu, Constantinople atau Rome? Baginda SAW menjawab, “iaitulah bandar Constantinople.” [Riwayat al-Hakim]

لتفتحن القسطنطينية، فلنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش

"Constantinople itu pasti akan ditawan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (yang menawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya." [HR Bukhari]

Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)



Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.


Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.

Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.



Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah


Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople.

Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.

Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.



Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.

Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya.

Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat.

Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah.

(Bersambung...)


Read more...
| 0 comments ]

Siri 001B: Golongan Terawal Menerima Islam

Dari kisah sirah nabawiyah, kita melihat ramai yang menerima Islam pada peringkat ini adalah dari golongan orang-orang fakir, lemah dan kaum budak. Mungkin timbul persoalan yang menanyakan apakah hikmah di sebaliknya? Adakah tertegaknya Islam dengan golongan yang rendah di mata masyarakat?

Maka lemahnya hanya di mata manusia, dan sesungguhnya pandangan Allah itu berbeza dari pandangan manusia yang terhad.


Fenomena ini bukan satu perkara luar biasa, dan ketika mana golongan tertindas ini merasakan mengagungkan Allah satu ini jauh lebih baik daripada menjadi hamba kepada manusia. Satu kisah yang boleh kita renungkan bersama yang berlaku sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w iaitu kisah Nabi Nuh a.s. Kisah yang lebih kurang sama di mana Nabi Nuh diejek oleh kaumnya kerana orang-orang yang mengikutinya hanyalah orang-orang kecil mereka. Kisah ini diceritakan dalam surah Hud ayat 27:

"Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu , melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya?"

Kisah lain adalah mengenai kisah Firaun dengan Nabi Musa. Satu kisah yang tidak asing bagi umat Islam yang memberi banyak pengajaran dan impak yang harus kita ambil. Kalau kita perhatikan Firaun juga sama seperti kaum nabi Nuh dimana Firaun dan para pengikutnya memandang rendah terhadap pengikut Nabi Musa. Apatah lagi kalau kita perhatikan pengikut Nabi Musa adalah dikalangan mereka yang tertindas di bawah pemerintahan Firaun.

Satu peringatan bahawa pangkat, kasta, kedudukan, kemewahan yang kita miliki sekarang atau akan datang mungkin boleh membawa kita jauh dari Allah dengan kesibukan mengejar keduniaan.

Mari kita lihat pula kisah kaum Nabi Salleh a.s. Juga perkara yang sama berlaku di mana kelompok elit kaum Tsamud menolak dakwah Nabi Salleh a.s. dan hanya golongan-golongan yang tertindas yang benar-benar mengikut ajaran nabi Salleh. Manusia yang Allah kurniakan sumber kekayaan dan kecerdikan berbanding manusia ini kadang-kadang terlupa dan terlena akan ni’mat dunia yang sementara.

Kita lihat Firman Allah dalam al-Quran mengenai kisah golongan elite kaum Tsamud ini dalam surah al-A’raf ayat 75-76:

"Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap yang telah beriman di antara mereka, 'Tahukah kamu, bahawa Salleh diutus (menjadi Rasul) oleh Tuhannya?'

Mereka menjawab, 'Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Salleh diutus untuk menyampaikannya.' Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, 'Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang tidak percaya kepada yang kamu imani itu'."

Apa yang kita dapat perhatikan bahawa sesungguhnya pandangan manusia itu terhad dan terbatas dan hanya pandangan Allah yang menilai darjat seseorang manusia. Jika hari ini, masyarakat menilai sudut kekayaan, pangkat, dan kekuasaan semata-mata sebagai calon pemimpin mereka tanpa mengira sudu t sahsiah dan agamanya, maka ada kemungkinan bahawa pimpinan itu boleh membawa kita jauh dari kebenaran.

Masyarakat kita akan hancur sekiranya pemuda hari ini iaitu diri kita sendiri memandang enteng tentang aspek ilmu agama dan sekadar mengejar ilmu dunia semata-mata tanpa panduan hati dan akal yang selaras dengan tuntutan Islam.

Sesungguhnya Islam itu mengarahkan umatnya untuk masuk ke dalam Islam secara keseluruhan tanpa mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 208:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu."

Maka, kitalah umat Islam yang seharusnya yang menegakkan kebenaran. Siapa lagi kalau bukan kita?

Sesungguhnya hakikat agama yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul Allah ialah menolak kekuasaan dan pemerintahan manusia dan kembali kepada kekuasaan dan pemerintahan Allah semata. Sekali lagi sirah nabawiyah mengajar kita umat hari ini akan sejarah manusia bahawa hakikat ini sama sekali bertentangan dengan “ketuhanan” bagi orang yang mengaku sebagai “tuhan” atau lebih relevan pada umat hari ini yang bertuhankan materialistik, pekerjaan, pangkat, kekuasaan semata-mata. Maka tidak hairanlah jika masyarakat yang tertindas pada zaman dahulu lebih mudah menerima Islam.

Abu Huzaifah
*Siri 001A klik di sini

Sumber: Sirah Nabawiyah oleh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy


Read more...
| 0 comments ]

Kembali Ke Pangkuan Kaum Muslimin

Setelah melalui berbagai peperangan dan menaklukkan berbagai benteng dan kota, sampailah Sultan Shalahuddin pada matlamat utamanya iaitu merebut Baitul Maqdis. Kini beliau mengepung Jerussalem selama empat puluh hari membuat penduduk di dalam kota itu tidak dapat berbuat apa-apa dan kekurangan keperluan asas. Waktu itu Jerussalem dipenuhi dengan kaum pelarian dan orang-orang yang selamat dalam perang Hittin. Tentera pertahanannya sendiri tidak kurang dari 60,000 orang.


Pada mulanya Sultan menyerukan seruan agar kota Suci itu diserahkan secara damai. Beliau tidak ingin bertindak seperti yang dilakukan oleh Godfrey dan orang-orangnya pada tahun 1099 untuk membalas dendam. Akan tetapi pihak Kristian telah menolak tawaran baik dari Sultan, bahkan mereka mengangkat Komandan Perang untuk mempertahankan kota itu. Kerana mereka menolak seruan, Sultan Shalahuddin pun bersumpah akan membunuh semua orang Kristian di dalam kota itu sebagai membalas dendam ke atas peristiwa 90 tahun yang lalu. Mulailah pasukan kaum Muslimin melancarkan serangan ke atas kota itu dengan anak panah dan manjanik.

Kaum Salib membalas serangan itu dari dalam benteng. Setelah berlangsung serangan selama empat belas hari, kaum Salib melihat bahawa pintu benteng hampir musnah oleh serangan kaum Muslimin. Para pemimpin kaum Salib mulai merasa takut melihat kegigihan dan kekuatan pasukan Muslim yang hanya tinggal menunggu masa untuk melanggar masuk. Beberapa pemimpin Kristian telah keluar menemui Sultan Shalahuddin menyatakan hasratnya untuk menyerahkan kota Suci secara aman dan minta agar nyawa mereka diselamatkan.

Akan tetapi Sultan menolak sambil berkata: “Aku tidak akan menaklukkan kota ini keculai dengan kekerasan sebagaimana kamu dahulu menaklukinya dengan kekerasan. Aku tidak akan membiarkan seorang Kristian pun melainkan akan kubunuh sebagaimana engkau membunuh semua kaum Muslimin di dalam kota ini dahulu.”

Setelah usaha diplomatik mereka tidak berhasil, Datuk Bandar Jerussalem sendiri datang menghadap Sultan dengan merendah diri dan minta dikasihani, memujuk dan merayu dengan segala cara. Sultan Shalahuddin tidak menjawabnya.

Akhirnya ketua Kristian itu berkata: “Jika tuan tidak mahu berdamai dengan kami, kami akan balik dan membunuh semua tahanan (terdiri dari kaum Muslimin seramai 4000 orang) yang ada pada kami. Kami juga akan membunuh anak cucu kami dan perempuan-perempuan kami. Setelah itu kami akan binasakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang indah-indah, semua harta dan perhiasan yang ada pada kami akan dibakar. Kami juga akan memusnahkan Kubah Shahra’, kami akan hancurkan semua yang ada sehingga tidak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Selepas itu, kami akan keluar untuk berperang mati-matian, kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang kami harapkan selepas ini. Tidak seorang pun boleh membunuh kami sehingga sebilangan orang-orang tuan terbunuh terlebih dahulu. Nah, jika demikian keadaannya, kebaikan apalagi yang tuan boleh harapkan?”

Setelah mendengar kata-kata nekad dan ugutan itu, Sultan Shalahuddin menjadi lembut dan kasihan dan bersedia untuk memberikan keamanan. Beliau meminta nasihat para ulama yang mendampinginya mengenai sumpah berat yang telah diucapkannya. Para ulama mengatakan bahawa beliau mesti menebus sumpahnya dengan membayar Kifarat sebagaimana yang telah disyariatkan.

Maka berlangsunglah penyerahan kota secara aman dengan syarat setiap penduduk mesti membayar wang tebusan. Bagi lelaki wajib membayar sepuluh dinar, perempuan lima dinar dan kanak-kanak dua dinar sahaja. Barangsiapa yang tidak mampu membayar tebusan, akan menjadi tawanan kaum Muslimin dan berkedudukan sebagai hamba. Semua rumah, senjata dan alat-alat peperangan lainnya mesti ditinggalkan untuk kaum Muslimin. Mereka boleh pergi ke mana-mana tempat yang aman untuk mereka. Mereka diberi tempo selama empat puluh hari untuk memenuhi syarat-syaratnya, dan Barangsiapa yang tidak sanggup menunaikannya sehinnga lewat dari waktu itu, ia akan menjadi tawanan. Ternyata ada 16,000 orang Kristian yang tidak sanggup membayar wang tebusan. Semua mereka ditahan sebagai hamba.

Maka pada hari Jumaat 27 Rajab 583 Hijrah, Sultan Shalahuddin bersama kaum Muslimin memasuki Baitul Maqdis. Mereka melaungkan “Allahu Akbar” dan bersyukur kehadirat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki kota itu. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Shalahuddin di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. 

Pada hari Jumaat tersebut, kaum Muslimin tidak sempat melaksankan solat Jumaat di Masjidil Aqsa kerana sempitnya waktu. Mereka terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhan oleh kaum Kristian. Barulah pada Jumaat berikutnya mereka melaksanakan solat Jumaat di Masjidil Aqsa buat pertama kalinya dalam masa 92 tahun. Kadi Muhyiddin bin Muhammad bin Ali bin Zaki telah bertindak selaku khatib atas izin Sultan Shalahuddin.


Kejatuhan Jerussalem ke tangan kaum Muslimin telah membuat Eropah marah. Mereka melancarkan kutipan yang disebut “Saladin tithe”, yakni derma wajib untuk melawan Shalahuddin yang hasilnya digunakan untuk membiayai perang Salib. Dengan angkatan perang yang besar, beberapa orang raja Eropah berangkat untuk merebut kota Suci itu semula. Maka terjadilah perang Salib ketiga yang sangat sengit. Namun demikian, Shalahuddin masih dapat mempertahankan Jerussalem sehingga perang tamat. Setahun selepas perang Salib ke tiga itu, Sultan Shalahuddin pulang kerahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, amin.

Peribadi Seorang Panglima

Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi terbilang sebagai pahlawan dan Panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara’, zuhud, khusyu’, pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Para ulama dan penulis sejarah telah memberikan kepujian yang melangit. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan. Seorang penulis sejarah mengatakan:

“Hari kematiannya merupakan kehilangan besar bagi agama Islam dan kaum Muslimin, kerana mereka tidak pernah menderita semenjak kehilangan keempat-empat Khalifah yang pertama (Khulafaurrasyidin). Istana, kerajaan dan dunia diliputi oleh wajah-wajah yang tertunduk, seluruh kota terbenam dalam dukacita, dan rakyat mengikuti keranda jenazahnya dengan tangisan dan ratapan.”

Sultan Shalahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidup nya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya dari jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas dari mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis.

Di dalam buku The Historians’ History of the World disebutkan sifat-sifat Shalahuddin sebagai berikut:

“Keberanian dan keberhasilan Sultan Shalahuddin itu terjelma seluruhnya pada perkembangan keperibadian yang luar biasa. Sama seperti halnya dengan Emir Imamuddin Zanki dan Emir Nuruddin Zanki, beliau juga merupakan seorang Muslim yang taat. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi Sultan Shalahuddin membacakan Kitab Suci Al-Quran kepada pasukannya menjelang pertempuran berlangsung. 

Beliau juga sangat disiplin mengqada setiap puasanya yang tertinggal dan tidak pernah lalai mengerjakan solat lima waktu sampai pada akhir hayatnya. 

Minumannya tidak lain dari air kosong saja, memakai pakaian yang terbuat dari bulu yang kasar, dan mengizinkan dirinya untuk dipanggil ke depan pengadilan. 

Beliau mengajar sendiri anak-anaknya mengenai agama Islam..."
 

Seluruh kaum Muslimin yang menyaksikan kewafatannya menitiskan air mata apabila Sultan yang mengepalai negara yang terbentang luas dari Asia hingga ke Afrika itu hanya meninggalkan warisan 1 dinar dan 36 dirham. Tidak meninggalkan emas, tidak punya tanah atau kebun. Padahal berkhidmat pada kerajaan berpuluh tahun dan memegang jawatan sebagai panglima perang dan Menteri Besar sebelum menubuhkan Emirat Ayyubiyah.

Kain yang dibuat kafannya adalah betul-betul dari warisan beliau yang jelas-jelas halal dan sangat sederhana. Anak beliau yang bernama Fadhal telah masuk ke liang lahad meletakkan jenazah ayahnya. Dikatakan bahawa beliau dikebumikan bersama-sama pedangnya yang dipergunakan dalam setiap peperangan agar dapat menjadi saksi dan dijadikannya tongkat kelak pada hari kiamat. Rahimahullahu anh.

Ketika buku ini ditulis, Baitul Maqdis sedang berada di dalam kekuasaan Zionis Yahudi dengan negaranya Israil yang dipaksakan. Jika sekiranya ada kepala negara yang bersifat seperti Sultan Shalahuddin di Timur Tengah sana, insya Allah Baitul Maqdis dapat direbut semula oleh kaum Muslimin.


Read more...
| 2 comments ]

Siri 001A - Da’wah Secara Rahsia (Sirriyatud Da’wah)

Sebelum kita membincangkan mengenai Da’wah Rasulullah secara detail, mari kita lihat beberapa tahap atau peringkat da’wah rasulullah sejak kerasulan sehingga wafat.

Menurut Dr Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy dalam buku penulisannya Sirah Nabawiyah – Kajian Mendalam Manhaj Gerakan Islam Pada Masa Rasulullah (s.a.w), beliau membahagikan Da’wah Islamiah ketika kehidupan Rasulullah kepada 4 peringkat iaitu :-

1. Peringkat pertama - Da’wah secara rahsia, selama tiga tahun.

2. Peringkat Kedua - Da’wah secara terang-terangan dengan menggunakan lisan sahaja tanpa ada sebarang peperangan, dan peringkat berlaku sebelum Hijrah umat Islam ke Yathrib.

3. Peringkat Ketiga - Da’wah secara terang-terangan dengan memerangi orang yang menyerang dan memulakan peperangan/kejahatan. Dan peringkat ini berlaku sehingga berlakunya perjanjian Hudaibiyah.

4. Peringkat Keempat - D’wah secara terang-terangan dengan memerangi orang yang menghalangi jalan Da’wah dan orang yang masuk Islam. Dan di peringkat, syari’at Islam dan hukum jihad dalam Islam mencapai kemapannya.

Da’wah secara Rahsia

Nabi Muhammad mula menyambut perintah Allah dengan mengajak manusia menyembah Allah yang satu dan meninggalkan amalan nenek moyang masyarakat jahiliyah yang menyembah berhala. Di waktu ini, fokus da’wah rasulullah dilakukan secara rahsia bagi mengelakkan tindakan buruk orang-orang Quraisy yang fanatik terhadap kemusyrikan dan amalan nenek moyang. Apa kita fahami di sini, da’wah rasulullah ketika ini tidak menampakkan da’wah di malis-majlis umum kecuali kepada orang yang memiliki hubungan kerabat atau kenalan baik sebelum baginda diangkat menjadi rasul.

Mari kita tanya diri kita sama ada kita kenal 10 orang pertama yang memeluk Islam. Jika ada di antara kita boleh kenal 11 pemain utama pasukan bola favourite termasuk biografi mereka, mesti kita sepatutnya tahu akan 10 orang penting ini yang menjadi batu-batu asas dalam perjuangan agama kita di peringkat awal da’wah rasulullah. Siapakah antara 10 orang ini?

• Khadijah binti Khuwailid
• Abu Bakar bin Abi Quhafah
• Ali bin Abi Thalib
• Zaid bin Haritsh
• Utman bin Affan
• Zubir bin al-Awwam
• Abdur Rahman bin Auf
• Sa’ad bin Abi Waqas
• Talhah bin Ubaidillah
• Dan sahabat-sahabat yang lain

Mereka ini bertemu dengn rasulullah secara rahsia. Apabila seorang di antara mereka ingin melaksanakan ibadah, mereka pergi ke lorong-lorong Makkah untuk bersembunyi dari pandangan orang-orang Quraisy.

Ketika orang-orang yang memeluk Islam melebihi 30 orang lelaki dan wanita, baginda memilih rumah salah seorang dari mereka iaitu rumah al-Arqam bin Abil Arqam, sebagai tempat pertama untuk mengadakan pengajaran dan perbincangan. Da’wah tahap ini menghasilkan sekitar 40 lelaki dan wanita yang memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah orang-orang fakir, budak-budak dan orang-orang Quraisy yang tidak memiliki kedudukan.

Perbahasan: Mengapa Da’wah secara Rahsia pada permulaan

Pertamanya, kerahsiaan dalam da’wah ketika ini bukan kerana kekhuatiran baginda terhadap dirinya dan wahyu Allah yang diterimanya, tetapi kerana ketika ini diperintahkan untuk menjalankan da’wah kepada umat manusia melalui firman Allah “Hai orang-orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan”. Baginda sedar bahawa dirinya adalah utusan Allah bagi memmbawa khabar gembira bagi umat manusia. Sekiranya Allah memerintah baginda agar berda’wh secara berterus-terang sejak hari pertama, nescaya baginda akan melakukannya walaupun terpaksa menghadapi risiko kematian.

Keduanya, Allah memberi ilham kepada baginda agar memulakan da’wah secara rahsia atu bersembunyi agar tidak menyampaikan kecuali kepada orang yang diyakini kepada orang akan menerimanya. Apa yang boleh kita ambil, sebagai umat Islam kita seharusnya memulakan secara berperingkat dan cermat dalam mengajak manusia atau rakan-rakan untuk lebih dekat kepada pencipta. Tetapi, ia tidak seharusnya menjadi faktor penentu yang mengurangkan rasa tawakal kepada Allah dalam mengerjakan tugas da’wah kerana ini boleh merosakkan prinsip keimanan kepada Allah dan ingatlah bahawa Allah sahajalah yang berkuasa memberi hidayah dan tugas kita adalah untuk menyampaikan.

Ketiganya, kita dapat bagaimana cara/uslub da’wah rasulullah pada peringkat ini. Antara perbahasan Ulama’ yang boleh kita ambil:

A. Penyebaran da’wah Islamiyah boleh menggunakan pendekatan yang sesuai dengan situasi dan keadaan masyarakat ketika itu, iaitu secara rahsia atau terang-terangan, mengunakan kekuatan atau lemah-lembut. Dan kita boleh bagaimana rasulullah memulakan da’wah sesuai dengan keadaan masyarakat jahiliyah ketika itu.

B. Jumhur Fuqaha’ bersependapat bahawa ketika jumlah umat Islam tidak ramai atau sedikit dan lemah kekuatannya sehingga diancam keras seperti dibunuh dan sebagainya oleh musuh Islam walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan, Maka dalam keadaan ini, kita harus mendahulukan kemaslahatan menjaga dan menyelamatkan jiwa.


Kesimpulannya, umat Islam wajib melakukan perdamaian atau merahsiakan da’wah apabila tindakan menunjukkan da’wah memberi impak yang buruk terhadap da’wah Islamiyah. Sebaliknya, tidak boleh merahsiakan da’wah apabila keadaan yang membenarkan da’wah dilakukan secara terang-terangan. Keduanya, tidak boleh mengadakan perdamaian dengan orang-orang yang zalim dan memusuhi da’wah ketika umat Islam sudah memiliki cukup kekuatan dan mampu mempertahankan agama dan tanah air.

Abu Huzaifah

Sumber :
Sirah Nabawiyah oleh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy


Read more...
| 0 comments ]

Kemunculan Panglima Shalahuddin

Jatuhnya kota Suci Baitul Maqdis ke tangan kaum Salib telah mengejutkan para pemimpin Islam. Mereka tidak menyangka kota Suci yang telah dikuasainya selama lebih 500 tahun itu boleh terlepas dalam sekelip mata. Mereka sedar akan kesilapan mereka kerana berpecah belah. Para ulama telah berbincang dengan para Sultan, Emir dan Khalifah agar mengambil berat dalam perkara ini.

Usaha mereka berhasil. Setiap penguasa negara Islam itu bersedia bergabung tenaga untuk merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.

Setelah hampir empat puluh tahun kaum Salib menduduki Baitul Maqdis, Shalahuddin Al-Ayyubi baru lahir ke dunia, yakni pada tahun 1138 Masihi. Keluarga Shalahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal kepada Shalahuddin.

Selain itu, Shalahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Shalahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda.

Pada tahun 549 H/1154 M, panglima Asasuddin Syirkuh memimpin tenteranya merebut dan menguasai Damsyik. Shalahuddin yang ketika itu baru berusia 16 tahun turut serta sebagai pejuang. Pada tahun 558 H/1163 Masihi, panglima Asasuddin membawa Shalahuddin Al-Ayyubi yang ketika itu berusia 25 tahun untuk menundukkan Daulat Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Aliran Syiah Ismailiyah yang semakin lemah. Usahanya berhasil. Khalifah Daulat Fatimiyah terakhir Adhid Lidinillah dipaksa oleh Asasuddin Syirkuh untuk menandatangani perjanjian. Akan tetapi, Wazir besar Shawar merasa cemburu melihat Syirkuh semakin popular di kalangan istana dan rakyat.

Dengan senyap-senyap dia pergi ke Baitul Maqdis dan meminta bantuan dari pasukan Salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. Setelah menerima syarat-syarat damai dari kaum Salib, panglima Asasuddin dan Shalahuddin dibenarkan balik ke Damsyik.

Kerjasama Wazir besar Shawar dengan orang kafir itu telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki dan para pemimpin Islam lainnya termasuk Baghdad. Lalu dipersiapkannya tentera yang besar yang tetap dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Shalahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum si pengkhianat Shawar. King Almeric terburu-buru menyiapkan pasukannya untuk melindungi Wazir Shawar setelah mendengar kemaraan pasukan Islam. Akan tetapi Panglima Syirkuh kali ini bertindak lebih pantas dan berhasil membinasakan pasukan King Almeric dan menghalaunya dari bumi Mesir dengan aib sekali.

Panglima Shirkuh dan Shalahuddin terus mara ke ibu kota Kaherah dan mendapat tentangan dari pasukan Wazir Shawar. Akan tetapi pasukan Shawar hanya dapat bertahan sebentar saja, dia sendiri melarikan diri dan bersembunyi. Khalifah Al-Adhid Lidinillah terpaksa menerima dan menyambut kedatangan panglima Syirkuh buat kali kedua.

Suatu hari panglima Shalahuddin Al-Ayyubi berziarah ke kuburan seorang wali Allah di Mesir, ternyata Wazir Besar Shawar dijumpai bersembunyi di situ. Shalahuddin segera menangkap Shawar, dibawa ke istana dan kemudian dihukum bunuh.

Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Shalahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk bandar perdagangan Iskandariah.



Menutup Daulah Fatimiyah

Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Shalahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar menggantikan Syirkuh dengan mendapat persetujuan pembesar-pembesar Kurdi dan Turki. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Daulat Fatimiah, Shalahuddin tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya.

Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Shahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Daulat Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah di Baghdad. Akan tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru, beliau memperhatikan keadaan sekelilingnya sehingga musuh-musuh dalam selimut betul-betul lumpuh.

Barulah pada tahun 567 H/1171 Masihi, Shalahuddin mengumumkan penutupan Daulat Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Daulat Abbasiah. Maka doa untuk Khalifah Al-Adhid pada khutbah Jumaat hari itu telah ditukar kepada doa untuk Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah.

Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat, sehingga beliau tidak mengetahui perubahan besar yang berlaku di dalam negerinya dan tidak mendengar bahawa Khatib Jumaat sudah tidak mendoakan dirinya lagi. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya, yakni sebagai Khalifah.

Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Daulat Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syi’ah selama 270 tahun. Keadaan ini sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh golongan Ahlussunnah di seluruh negara Islam lebih-lebih lagi di Mesir sendiri. Apalagi setelah Wazir Besar Shawar berkomplot dengan kaum Salib musuh Islam. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki.

Mereka sangat berterima kasih kepada Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang dengan kebijaksanaan dan kepintarannya telah menukar suasana itu secara aman dan damai. Serentak dengan itu pula, Wazir Besar Shalahuddin Al-Ayyubi telah merasmikan Universiti Al-Azhar yang selama ini dikenal sebagai pusat pengajian Syiah kepada pusat pengajian Ahlussunnah Wal Jamaah. Semoga Allah membalas jasa-jasa Shalahuddin.

Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam

Walaupun sangat pintar dan bijak mengatur strategi dan berani di medan tempur, Shalahuddin berhati lembut, tidak mahu menipu atasan demi kekuasaan dunia. Beliau tetap setia pada atasannya, tidak mahu merampas kuasa untuk kepentingan peribadi. Kerana apa yang dikerjakannya selama ini hanyalah mencari peluang untuk menghalau tentera Salib dari bumi Jerussalem. Untuk tujuan ini, beliau berusaha menyatu padukan wilayah-wilyah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi.

Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al Shalih. Para ulama dan pembesar menginginkan agar Emir Salahudin mengambil alih kuasa kerana tidak suka kepada Mulk al-Shalih keran selalu cuai melaksanakan tanggungjawabnya dan suka bersenang-senang. Akan tetapi Shalahuddin tetap taat setia dan mendoakan Mulk al Saleh dalam setiap khutbah Jumaat, bahkan mengabadikannya pada mata wang syiling.

Apabila Damsyik terdedah pada serangan kaum Salib, barulah Shalahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu daripada jatuh. Tidak lama kemudian Ismail wafat, maka Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Emirat Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tiada berapa lama kemudian, Sultan Shalahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya yang besar. Negara di Afirka yang telah diduduki oleh askar Salib dari Normandy, juga telah dapat direbutnya dalam masa yang singkat. Dengan ini kekuasaan Shalahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera kafir Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun.

Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, wara’ dan sederhana membuat kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera.

Perjuangan Merebut Baitul Maqdis

Setelah merasa kuat, Sultan Shalahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. Banyak rintangan dan problem yang dialami oleh Sultan sebelum maksudnya tercapai. Siasah yang mula-mula dijalankannya adalah mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pada lahirnya, kaum Salib memandang bahawa Shalahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan sudah menjangka bahawa orang-orang kafir Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Untuk ini, beliau telah membuat persiapan secukupnya.

Ternyata memang betul, baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah mengadakan pelanggaran. Maka Sultan Shalahuddin, segera bergerak melancarkan serangan, tapi kali ini masih gagal dan beliau sendiri hampir kena tawan. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar.

Suatu kejadian yang mengejutkan Sultan dalam suasana perdamaian adalah tindakan seorang panglima Salib Count Rainald de Chatillon yang bergerak dengan pasukannya untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah. Akan tetapi pasukan ini hancur binasa digempur mujahid Islam di laut Merah dan Count Rainald dan sisa pasukannya balik ke Jerussalem. Dalam perjalanan, mereka telah berjumpa dengan satu iring-iringan kafilah kaum Muslimin yang didalamnya terdapat seorang saudara perempuan Sultan Shalahuddin. Tanpa berfikir panjang, Count dan kuncu-kuncunya menyerang kafilah tersebut dan menawan mereka termasuk saudara perempuan kepada Shalahuddin.

Dengan angkuh Count berkata: “Apakah Muhammad, Nabi mereka itu mampu datang untuk menyelamatkan mereka?”

Seorang anggota kafilah yang dapat meloloskan diri terus lari dan melapor kepada Sultan apa yang telah terjadi. Sultan sangat marah terhadap pencabulan gencatan senjata itu dan mengirim perutusan ke Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Tapi mereka tidak memberikan jawapan. Ekoran kejadian ini, Sultan keluar membawa pasukannya untuk menghukum kaum Salib yang sering mengkhianati janji itu. Terjadilah pertempuran yang sangat besar di gunung Hittin sehingga dikenal dengan Perang Hittin.

Dalam pertempuran ini, Shalahuddin menang besar. Pasukan musuh yang berjumlah 45,000 orang hancur binasa dan hanya tinggal beberapa ribu saja yang sebagian besarnya menjadi tawanan termasuk Count Rainald de Chatillon sendiri. Semuanya diangkut ke Damaskus. Count Rainald yang telah menawan saudara perempuan Sultan dan mempersendakan Nabi Muhammad itu digiring ke hadapan beliau.

“Nah, bagaimana jadinya yang telah nampak oleh engkau sekarang? Apakah saya tidak cukup menjadi pengganti Nabi Besar Muhammad untuk melakukan pembalasan terhadap berbagai penghinaan engkau itu?” tanya Sultan Shalahuddin.

Shalahuddin mengajak Count agar masuk Islam, tapi dia tidak mahu. Maka dia pun dihukum bunuh kerana telah menghina Nabi Muhammad.



Read more...
| 1 comments ]

Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.

Hasutan Sang Paderi

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: “Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

Raymond d’Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: “Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.”

Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: “Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.”

Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum Salib kita yang “bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.”



Read more...
| 0 comments ]


“Sekiranya aku dibenarkan untuk mengambil seorang kekasih selain daripada Tuhanku, nescaya aku akan mengambil Abu Bakr sebagai kekasihku.”


Pemilihan jawatan Khalifah.

Abu Bakr, sahabat terdekat Nabi Muhammad SAW, tiada semasa Rasulullah SAW menghembuskan nafas baginda yang terakhir di rumah isteri baginda yang tersayang, Aishah, iaitu anak perempuan Abu Bakr. Apabila Abu Bakr mengetahui tentang hal kewafatan baginda Rasulullal SAW , Abu Bakr bergegas ke rumah yang dipenuhi dengan kesedihan itu.

“Betapa hidupmu dipenuhi rahmat dan betapa tenangnya pemergianmu.” Bisik Abu Bakr sementara dia mengucup pipi kekasih dan pemimpinnya yang tercinta yang tiada bernyawa lagi.

Apabila Abu Bakr keluar daripada rumah Rasulullah untuk mengumumkan perkhabaran tersebut, rasa tidak percaya dan sedih yang teramat menyelubungi masyarakat Islam di Madinah. Muhammad SAW adalah pemimpin, penunjuk jalan yang lurus dan penerima wahyu suci yang telah membawa mereka keluar daripada penyembahan berhala dan kegelapan jahiliyyah kepada jalan Allah yang satu. Bagaimana baginda boleh wafat? Sehinggakan Umar, antara sahabat Rasulullah SAW yang paling berani dan paling kuat, menjadi tidak keruan dan menghunuskan pedangnya dan mengancam sesiapa sahaja yang berani mengatakan Nabi Muhammad SAW telah wafat. Abu Bakr dengan lemah lembut menolak Umar ketepi dan menaiki tangga mimbar masjid dan berkata:


“Wahai muslimim muslimat sekalian, sesungguhnya barangsiapa yang menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa sesungguhnya Muhammad telah wafat. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hidup dan tidak akan mati buat selama lamanya.”


Dan kemudian Abu Bakr menyimpulkan pesanannya dengan sepotong ayat daripada Al Quran:


“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang(murtad)?”[3:144]

Setelah mendengar kata kata tersebut, mereka menjadi tenang. Rasa kehilangan bertukar kepada keyakinan dan ketenangan. Saat kritikal tersebut telah berlalu. Namun kini masyarakat Muslim terpaksa behadapan dengan masalah yang amat serius; iaitu untuk memilih seorang pemimpin baru. Setelah beberapa kali perbincangan sesama para sahabat Rasulullah SAW, jelas sekali bahawa tiada siapa lagi yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebut selain daripada Abu Bakr.


Kehidupan Abu Bakr

Abu Bakr (“Pemilik unta unta”) bukanlah nama sebenarnya. Beliau mendapat gelaran itu kerana kegemarannya menternak unta. Nama sebenar Abu Bakr ialah Abdul Ka’aba (‘Hamba Ka’aba’), yang mana kemudiannya ditukar oleh Rasulullah SAW manjadi Abdullah(‘Hamba Allah’). Nabi Muhammad SAW juga memberi gelaran ‘Siddiq’-‘Yang membenarkan.’


Abu Bakr adalah seorang peniaga yang agak kaya, yang mana sebelum memeluk Islam adalah seorang yang dihormati dikalangan penduduk Mekah. Umur beliau adalah tiga tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW dan persamaan semulajadi antaranya dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka rapat sejak dari kecil lagi. Beliau terus menjadi sahabat karib Rasullallah SAW sehinggalah ke akhir hayat baginda. Apabila Nabi Muhammad SAW menyerukan Islam kepada sahabat sahabat dan keluarga rapat baginda, Abu Bakr merupakan antara orang yang terawal menyahut seruan tersebut.

Abu Bakr juga merupakan orang yang bertanggungjawab memujuk Uthman RA dan Bilal RA untuk menerima Islam. Abu Bakr juga turut sama merasai zaman awal misi dakwah Rasulullah SAW yang dipenuhi dengan penyeksaan dan penindasan terhadap minoriti orang orang beriman. Akhirnya, apabila Allah memberi kebenaran untuk berhijrah ke Madinah, Abu Bakr adalah antara sahabat yang dipilih oleh Rasulullah SAW untuk menemani baginda dalam perjalanan yang penuh ranjau ke Madinah.

Abu Bakr juga turut serta bersama Rasulullah SAW dalam banyak peperangan. Diceritakan pada suatu ketika apabila Rasulullah SAW sedang mengumpulkan perbelanjaan untuk mempertahankan Madinah,Abu Bakr menyerahkan semua hartanya kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu wahai Abu Bakr?” Beliau menjawab: “Allah dan RasulNya.”

Sebelum zaman keislamannya, Abu Bakr telah pun dikenali sebagai seorang yang mempunyai akhlak yang terpuji. Sepanjang hidupnya beliau merupakan seorang yang sensitif terhadap penderitaan orang lain dan pemurah terhadap orang orang fakir miskin. Walaupun beliau adalah seorang peniaga yang kaya, Abu Bakr menjalani kehidupan yang sangat ringkas dan banyak membelanjakan hartanya untuk kebajikan, memerdekakan hamba abdi dan untuk jalan Allah SWT. Beliau kerap kali menghabiskan sebahagian malamnya untuk berdoa dan beribadat kepada Allah SWT. Abu Bakr juga merupakan seorang bapa dan suami yang penuh dengan keceriaan dan kasih sayang terhadap keluarganya.


Abu Bakr sebagai Khalifah

Begitulah peribadinya seorang lelaki yang terbeban diatas pundaknya kewajipan sebagai khalifah pada saat dan ketika yang paling rawan dalam sejarah Umat Islam.

Setelah berita kewafatan Rasulullah SAW tersebar luas, beberapa khabilah melakukan pemberontakan dan dan bertindak tidak mahu membayar zakat, dengan bertegas berkata bahawa zakat tersebut hanya dibayar kepada Rasulullah SAW. Dalam masa yang sama beberapa orang menyamar dan mengaku sebagai seorang nabi yang diutus selepas nabi Muhammad SAW dan bertindak melancarkan pemberontakan. Umpama menambah garam keatas luka, Empayar Rom dan Empayar Parsi turut sama mengancam kelangsungan hidup Negara Islam Madinah.

Dibawah situasi yang sedemikian rupa, ramai daripada sahabat Rasulallah SAW termasuklah Umar RA, menasihati Abu Bakr supaya memberi kelonggaran kepada orang orang yang tidak mahu membayar zakat itu, buat masa yang rawan ini. Khalifah Abu Bakr menolak bulat bulat cadangan itu. Beliau berkeras bahawa syariat Allah tidak boleh di pecah pecahkan, kewajipan zakat sama sahaja denagn kewajipan solat,dan mana mana percubaan untuk meremehkan syariat Allah akan menyebabkan terhakisnya batu asas bagi Islam itu sendiri.

Umar RA dan para sahabat yang lainnya tersentak dan menyedari kesalahan pertimbangan yang telah mereka lakukan. Khabilah khabilah yang memberontak itu melancarkan serangan terhadap Madinah tetapi tentera Muslim telah bersedia menanti. Khalifah Abu Bakr sendiri mengetuai serangan terhadap khabilah khabilah pemberontak tersebut dam menyebabkan tentera musuh terpaksa berundur. Beliau juga bersungguh sungguh dalam memerangai orang yang mengaku sebagai nabi sehingga kemudiannya mereka menyerah dan kembali kepada Islam.

Ancaman daripada Emapayar Rom juga telah memuncak sejak dari awal, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Rasulullah SAW telah pun mempersiapkan sebuah angkatan tentera untuk mengekang situasi tersebut di bawah pimpinan Usamah, iaitu seorang anak kepada seorang hamba yang telah bebas. Bagaimanapun angkatan tentera tersebut tidak meneruskan serangan kerana pada masa itu Rasulullah SAW jatuh sakit. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, persoalan timbul sama ada angkatan tentera tersebut perlu di hantar semula untuk menyerang tentera Rom atau perlu tinggal sahaja di Madinah untuk mempertahankannya. Pada saat dan ketika tersebut Abu Bakr sekali lagi menyerlahkan kesungguhannya. Beliau berkata, “Aku akan menghantar tentera Usamah kesana sepertimana yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW, walaupun tiada sesiapa yang menyokongku.”

Arahan terakhir yang diberikan oleh Abu Bakr kepada Usamah adalah sebuah kod etika peperangan yang tiada tolok bandingnya sehinggalah kehari ini. Antara isi arahan tersebut adalah:

“Janganlah kamu berpaling daripada medan perang dan janganlah kamu lakukan sesuatu yang melampaui batas. Janganlah kamu membunuh lelaki lelaki dan perempuan perempuan yang tua dan juga kanak kanak. Janganlah kamu merosakkan pohon pohon tamar dan janganlah kamu menebang pohon pohon buah buahan. Janganlah kamu menyembelih mana mana kambing atau lembu atau unta kecuali untuk makanan. Kamu juga akan menemui orang orang yang bertapa di dalam biara biara. Biarkan mereka dan janganlah kamu mengganggu mereka.”


Khalid al Waleed telah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai panglima tentera Islam dalam banyak peperangan. Seorang lelaki yang mempunyai keberanian yang utuh dan seorang pemimpin yang unggul. Kebijaksanaan Khalid al Waleed sebagai panglima tentera terserlah di bawah pimpinan khalifah Abu Bakr. Sepanjang zaman pemerintahan khalifah Abu Bakr, Khalid al Waleed telah membawa kemenangan demi kemenangan untuk tentera Islam dalam kempen penyerangan terhadap tentera Rom.

Antara lain, Abu Bakr juga adalah salah seorang daripada sahabat yang bertanggungjawab dalam pengumpulan dan pembukuan ayat ayat Al Quran.

Abu Bakr meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir, 13 hijrah bersamaan dengan 23 Ogos 634 masihi, pada usia 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW. Zaman pemerintahan Abu Bakr cuma bertahan selama 27 bulan sahaja. Dalam jangka masa yang singkat itu, dengan limpah rahmat dan kurnia Allah SWT, Abu Bakr telah berjaya memperkuatkan dan menyatukan umat Islam dan negara umat Islam, disamping mempertahankan keselamatan umat Islam daripada cengkaman musuh musuh Islam.


Read more...
| 1 comments ]

Adakah anda kenal Sahabat Rasulullah ini?

Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini? Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan beliau semasa zaman rasullullah. Ada kajian dan pengiraan yang menyatakan bahawa Anas bin Malik telah meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.

Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori. Beliau adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke Madinah. Ayahnya pula bernama Malik ibn Nadr dan beliau tidak memeluk Islam.

Bagaimana Anas Bin Malik menjadi sangat rapat dengan Baginda Rasulullah?

Kisahnya begini...

Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.

Sesaat kemudian. Tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak anak. Semua bergembira. Ditengah mereka seorang ibu bergegas membawa putra ingusannya menuju kerumunan orang banyak. Semua berlomba dan berlari agar mendapat tempat dimana mereka dapat melihat sosok itu sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan dengan yang lain agar mendapat tempat didepan.

Semua orang lantas berlumba memberikan hadiah terbaik mereka untuk Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaym yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin sekali memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta. Lantas beliau mendatangi kediaman rasulullah saw dengan membawa putera yang satu-satunya. "wahai rsulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun perempuan kecuali mereka yang memberimu hadiah, dan sungguh saya tidak memiliki apa-apa kemewahan yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putera kecilku ini, bawalah ia agar bisa mengkhidmah engkau" ucap Ummu Sulaym berlinang bahagia. Rasulullah saw tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas kecil dan memeluknya.

Semenjak itu Anas kecil senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di mana jua. Dan beliau hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun. Inilah detik dan saatnya, Anas bin Malik menjadi pembantu pemimpin dunia iaitu apabila tibanya Rasullullah di Madinah, ibunya mengarahnya berkhidmat kepada Rasullullah. Ketika ini beliau berumur 10 tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun. Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun beliau mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda apabila beliau sendiri mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana beliau adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi.

Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik

Berdasarkan pengalaman Anas bin Malik adalah seorang anak kecil yang menjadi pembantu Rasullullah yang diarahkan ke pasar. Ketika mendapati Anas kecil yang lalai mengerjakan tugasnya, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah marah. Namun beliau malah tersenyum. Berikut penuturan Anas:

Anas bin Malik berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya, paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya, suatu hari aku diutus Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku menemui anak-anak yang sedang bermain. Dan aku pun ikut bermain bersama mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau. Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa sadar, ada seorang berdiri memperhatikan di belakangku dan memegang pundakku. Aku menoleh ke belakang dan aku melihat rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu berkata, ‘Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku?’ Aku pun bingung dan berkata, ‘Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!’ Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak pernah berkata kepadaku, ‘mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak mengerjakannya?’”.

Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh rasullullah kepada Anas. Apa yang dapat kita gambarkan mengenai sifat Rasullullah ini? Seorang yang mulia akhlaknya. Maka hari ini bukan setakat penyakit keturunan adalah “genetik” yang heboh diperdebatkan, malahan akhlak dan peribadi jua adalah salah satu permasalah genetik yang paling sedikit kita persoalkan. Melalui pengalaman yang lalui sendiri, dalam kehidupan kita lihat bagaimana bapa yang pemarah dan bengis, sedikit sebanyak akan mempunyai kesan mental terhadap anaknya yang bakal mewarisi sifat yang sama. Bezanya penyakit genetik ini adalah ia dapat diubah melalui tarbiah jiwa dan rohani. Melihat akhlak Rasulullah yang mulia memberi kesan yang mendalam kepada Anas Bin Malik sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadith.

Apatah lagi memiliki ibu iaitu Ummu Sulaym yang mempunyai kekuatan iman yang hebat. Beberapa kisah yang menyatakan betapa hebatnya keimanan dan ketaqwaan Ummu Sulaym. Antaranya adalah kesanggupannya untuk menyerahkan putera tunggalnya Anas Bin Malik ini untuk berkhidmat kepada Rasullullah. Seorang ibu yang yakin bahawa anaknya akan menjadi orang yang hebat apabila duduk dan bersama dengan orang yang hebat. Peristiwa lain yang memperlihatkan kekuatan iman Ummu Sulaym ini berdasarkan peristiwa beliau dilamar oleh Abu Talha yang merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di kalangan penduduk Madinah tetapi belum lagi memeluk Islam. Yang jelas kita nampak pada kekuatan iman Ummu Sulaym apabila meletakkan mahar perkahwinan bukan pada harta Abu Talhah tetapi pada keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan.

Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah

Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara orang yang sangat sedih. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun membuatkan dirinya kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Beliau kemudiannya berpindah menjadi ambassador umat Islam, mengajar dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah yang panjang umurnya, dan hidupnya menjangkaui usia 100 tahun lebih. Beliau mempunyai banyak zuriat yang kebanyakannya menetap di Basrah.


Read more...