| 0 comments ]

86 tahun yang lalu:

"Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara"...

Sedikit sorotan sejarah buat renungan kita semua. Sama-sama kita hayati kisah di bawah...



Tampuk pemerintahan khilafah beralih kepada Turki Uthmaniah, yang terkenal dengan kecanggihan dan keteguhan dari segi ketenteraannya. Kemuncak kegemilangan ini diwarnai dengan pembukaan kota Constantinople seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.

Bagaimanapun tamadun itu – yang begitu kuat, berpengaruh serta makmur selama 13 abad – menjadi begitu mundur, dan tertindas. Apakah sebenarnya yang menjadi punca segala kemunduran ini?

Ia boleh diketegorikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran:

Faktor Dalaman

1) Pengabaian Bahasa Arab

Hingga berakhirnya masa Khilafah Abbasiyah, Islamisasi selalu seiringan dengan “arabisasi”. Bahasa Arab klasik sebagai bahasa Qur’an, menjadi bahasa internasional, bahasa silaturahim umat Islam dan bahasa ilmu pengetahuan. Namun, pada masa Khilafah Uthmaniah tradisi itu ditinggalkan, kononnya agar Islam lebih mudah “diserap” tanpa bahasa Arab sebagai penghalang.

Akibatnya di negeri-negeri yang belum berbahasa Arab, bahasa Arab menjadi “hak istimewa” segolongan kecil elit terpelajar sahaja, sedangkan bagi umat, khazanah ilmu dalam bahasa Arab menjadi tertutup. Kitab-kitab Arab menjadi “kitab rahsia” yang suci dan kalimat-kalimat Arab hanya menjadi mentera-mentera sakti (e.g. dalam aktiviti menghalau hantu).

2) Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir

Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak boleh lagi dikeluarkan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sahajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya boleh dikeluarkan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid boleh benar-benar memahami sumber-sumber syar’i.

Akibat mundurnya proses ijtihad, daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya ketika era kemunduran ini, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga dunia Islam dikejutkan dengan revolusi industri di Barat.

3) Kemasukan pemikiran-pemikiran asing

Sejajar dengan berkembangnya sempadan Islam, umat telah bertembung dengan pemikiran masyarakat setempat seperti falsafah Yunani, Mesir, Parsi dan India. Masyarakat Islam setempat itu tidak membuangkan falsafah-falsafah ini daripada pemikiran mereka malah meng’Islam’kan falsafah ini sehingga fikrah Islam dicemari dan bercampur-campur dengan pemikiran bukan Islam.

Akhirnya, fikrah Islam pada diri umat Islam sudah manjadi semakin kabur dan lemah (e.g. hak kebebasan, majoriti sebagai tolok ukur kebenaran, persandingan pengantin, kenduri arwah pada hari tertentu, ayat al-Quran sebagai azimat untuk melawan hantu dan sebagai ayat pengasih dan lain-lain).

4) Perpecahan di kalangan umat Islam

Sempadan Daulah Islam ketika empayar Islam Uthmaniah adalah sungguh besar, sehingga menguasai satu pertiga dunia. Khalifah tidak mampu mengawal kesemuanya dengan teknologi dan kemampuan yang ada ketika itu. Kekuasaan khalifah menjadi longgar dan
muncul sultan-sultan di setiap wilayah Islam (seperti Sultan di Arab Saudi, Jordan, Delhi).

Umat Islam mula tidak bersatu dan terpecah-pecah. Umat Islam memikirkan tanggungjawab mereka ke atas penderitaan umat di wilayah lain hanyalah pada doa dan sedekah harta yang tidak seberapa. Ini memudahkan sentimen nasionalisme (e.g. Semangat Turki, KeAraban, India, dsb) mulai menyerap masuk di kalangan umat dan menyemarakkan lagi perpecahan dunia Islam. Akhirnya, wilayah-wilayah Islam merasakan mereka dijajah oleh Khalifah Turki Uthmaniah lalu memerdekakan diri mereka daripada Daulah Islam.



Faktor Luaran

1) Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat

Daulah Islam sentiasa mempunyai musuh daripada pihak kufar. Negara-negara kuffar seperti Rusia, Britain dan Perancis adalah musuh ketat Daulah Islam Turki Uthmaniah. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalahkan kuasa Islam. Mereka sentiasa berperang dengan umat Islam bermula dari Perang Salib sehingga Perang Dunia Pertama di mana kekalahan Daulah Islam Turki Uthmaniah mengakibatkan wilayah-wilayah Islam dipecah-pecahkan dan diserahkan kepada mereka.

2) Konspirasi Politik dan Kebudayaan

Setelah gagal melalui Perang Salib, musuh Islam menyerang dari segi politik dan kebudayaan. Missionari telah dihantar ke dalam Daulah Islam untuk menyebarkan idea-idea asing serta sentimen nasionalisme. Idea sekular pula disuntik melalui golongan yang menerima pendidikan Barat. Gerakan Freemason juga bergiat gigih dalam menjatuhkan Daulah daripada dalam. Agen-agen Barat seperti Midhat Pasha dan Kamal Atarturk telah menyelinap masuk ke dalam pentadbiran Khilafah dan diberi jawatan-jawatan penting seperti Ketua Menteri (Midhat Pasha) dan Kolonel Tentera (Kamal Atarturk). Agen-agen ini berpakat dengan Barat terutamanya Britain untuk memaksa Khalifah menerima pakai perlembagaan dan undang-undang secular, kemudian membuang hukum-hukum Islam termasuk hudud.

3) Kebangkitan Nasionalisme dan Sekular

Kaum Muda Turki berjaya menyebarkan pengaruh mereka di dalam masyarakat dan umat Islam ketika itu. Pengaruh Kamal Atarturk memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan mereka ini. Dengan bantuan British, Kamal berjaya menjadi ’hero’ Perang Dunia Pertama dan meraih sokongan umat. Dalam masa yang sama, British juga membantu pejuang Nasionalis Arab pimpinan Syarif Hussain memberontak terhadap Turki Uthmaniah.
________________________________________

Kita selalu diceritakan bahawa Kejatuhan Daulah Islam Turki Uthmaniah disebabkan umat Islam terlalu jauh dengan Islam, pentadbiran Daulah dipenuhi dengan rasuah dan korupsi dan Khalifah suka berfoya-foya.

Apakah ini benar? Adakah begitu mudah Daulah Islamiyyah Turki ditukar dengan Republik Turki? Apakah sebenarnya terjadi ketika kejatuhan Daulah Islam Turki Uthmaniah sehingga berlakunya revolusi kemudian ia menjadi Republik Turki?

Detik-detik kejatuhan Khilafah Turki-Uthmaniah.

Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan. Khilafah ialah sistem negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka masih lagi mempertahankan Khilafah Islam sebagai negara mereka.

Kejatuhan negara Islam ini berpunca daripada konspirasi Barat melalui agen-agennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran Sekular Barat.
Pada akhir abad ke-19, sekitar 1870an, Midhat Pasha pada ketika itu sebagai ’Grand Vazier’ (ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah Islam mesti diketepikan.

Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamed II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamed pada 1908 melalui konspirasi politik, ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama juga telah mengeluarkan fatwa memboleh menerima undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah bertambah lemah, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat bukan hukum-hukum Allah lagi. Walau bagaimanapun, institusi Khilafah masih wujud lagi pada ketika ini.

Kemudian, pada 1915, muncul nama Mustapha Kamal Beik (Mustapa Kamal Atarturk) di Turki. Kamal hanyalah merupakan pegawai tentera yang biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta , Kamal Atarturk merupakan seorang Kolonel kepada satu divisyen ketenteraan. Turki ketika itu sedang berperang dengan British yang merupakan satu kuasa besar dan dipandang tinggi.

Secara rahsia, Kamal telah berpakat dengan British untuk British mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situ pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya, Gerakan Turki Muda menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki.

Sejak itu, Mustapa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan. Namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi sebaliknya perjanjian damai penuh tipu muslihat dengan musuh Islam. Perjanjian-perjanji an tersebut hanya berpihak kepada musuh Islam. Contohnya Kamal telah mengundurkan tentera Turki di Syria ketika berhadapan dengan British, bagi member ruang kepada British menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Atarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan Khilafah Islam ialah British. British sememangnya berdendam dan dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki Uthmaniah meruntuhkan sistem Khilafah.

Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam.
Negara Turki-Uthmaniah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negara-negara kecil lain. Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’.

Setelah kesatuan umat Islam lemah, sasaran seterusnya ialah Turki dan institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan aktiviti ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan dunia Islam demi memusnahkan kerajaan Islam seluruhnya. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.

Mustapa Kamal Atarturk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada kerajaan Islam. General Harrington bekerjasama dengan Mustapa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada November 1922, Perhimpunan Kebangsaan (PK) atau National Assembly di bawah pengaruh Mustapa Kamal telah mula cuba mengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah Islam. Mustapa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada Khilafah, dan kemudian memecat Khalifah.

PK tidak memutuskan sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada para peguam dan ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya.

Ketika itu, Kamal yang turut hadir pada perbincangan antara suruhanjaya dan PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya berkata ”… Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak atau kepala-kepala kamu akan dipenggal!”.

Kenyataan ini menakutkan ahli-ahli PK, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian, tetapi Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan melantik dia sebagai presiden pertama; walaupun pada hakikatnya majoriti tidak bersetuju.

Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikan mereka. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Mustapa Kamal untuk menentang sesiapa yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran untuk dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.

Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal Atarturk telah memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majed hendaklah meninggalkan Turki sebelum subuh. Kamal bersama polis dan tentera berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan membawanya ke Switzerland.

Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniah tercapai.

Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki. Pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki. Lord Curzon, Perdana Menteri British pada masa itu berkata, ”…Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah musnahkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam.”

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Khilafah Islam Turki-Uthmaniah diruntuhkan.
Namun yakinlah suatu hari nanti khilafah akan bangkit semula insyaAllah seperti janji Nabi SAW:


ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
“Kemudian akan (muncul) masanya ke-Khilafahan yang bersandar pada manhaj Nabi.”
[Riwayat Ahmad]

*Rujukan: How The Khilafah was Destroyed . Abdul Qadem Zallum. 2000.


Read more...
| 1 comments ]

Jumlah penganut agama Islam di seluruh dunia kini sudah mencecah angka 1.57 billion, atau kira-kira satu perempat daripada keseluruhan populasi global. Demikian perangkaan terkini yang diperolehi hasil daripada kajian Pew Forum on Religion and Public Life (Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam), sebuah badan ’think-tank’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kajian yang memakan masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan beberapa dapatan dan fakta yang menarik mengenai taburan penduduk Islam. Contohnya, satu perlima daripada keseluruhan penganut Islam tinggal di negara-negara yang majoriti penduduknya bukan Islam. Ini termasuk Jerman yang didapati mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon.




Perkembangan positif ini jelas membuktikan penerimaan masyarakat di seantero dunia terhadap agama Islam meskipun pelbagai fitnah dan tohmahan telah cuba dilontarkan oleh musuh-musuh Islam. Dengan jumlah penganut yang meliputi 25% daripada keseluruhan penduduk dunia, kewujudan umat Islam di pentas global cukup signifikan dan suara mereka sama sekali tidak boleh dipinggirkan.

Dalam arus persaingan kuasa dan pengaruh hari ini, bilangan penganut yang ramai ini merupakan satu aset kekuatan yang amat berpotensi untuk menjadikan umat Islam sebagai satu bangsa yang dominan. Sekiranya 1.57 billion individu ini mampu bersatu di atas satu matlamat, nescaya umat Islam berupaya untuk bangkit sebagai satu kuasa pendesak atau pengimbang kuasa kepada negara-negara besar.

Bahkan sebenarnya nisbah seorang muslim bagi setiap empat orang tersebut sudahpun melebihi syarat kemenangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. iaitu seorang muslim (yang sabar) kepada sepuluh orang kafir. Ukuran kekuatan berasaskan bilangan ini sekaligus menunjukkan kepentingan nilai kuantiti dalam konteks perjuangan dakwah Islam. Hal ini terkandung di dalam firmanNya yang bermaksud:

”Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu daripada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” (Al-Anfaal: 65).

Jika diukur dari segi nilai kuantiti, memang benar umat Islam memiliki kekuatan yang ampuh. Namun bilangan semata-mata bukan jaminan untuk meraih kemenangan sebagaimana acapkali dibuktikan oleh sejarah. Allah s.w.t sendiri selain meletakkan kayu ukur kekuatan dari segi kuantiti, turut menggariskan kriteria atau kualiti seorang muslim yang mampu berhadapan sepuluh orang musuh iaitu mukmin yang sabar.

Di sini penulis ingin mengajak para pembaca sekalian untuk sama-sama menilai kekuatan dan kualiti umat Islam dalam segenap aspek. Proses penilaian atau muhasabah ini penting untuk kita mendapat gambaran kekuatan umat Islam yang sebenar hari ini, supaya unsur-unsur kekuatan dapat dimanfaatkan sebaiknya sementara unsur-unsur kelemahan dapat diperbaiki mutunya.

1) Kekuatan politik – Umat Islam kini diibaratkan seperti ’anak ayam kehilangan ibu’ selepas jatuhnya khilafah Islamiyyah pada tahun 1924. Setelah itu wilayah Islam terpecah menjadi negara-negara kecil yang terpisah dari sudut geografi, pentadbiran dan identiti. Pergolakan politik merupakan senario biasa di kebanyakan negara Islam. Di sesetengah negara pula, golongan bukan Islam yang menguasai pentadbiran dalaman negara sementara pemimpin Islam sekadar menjadi boneka.

2) Kekuatan ekonomi – Negara-negara Islam khususnya di Asia Barat merupakan negara yang terkaya di dunia dengan pelbagai sumber ekonomi. Namun segala kekayaan ini seringkali dieksploitasikan oleh golongan bukan Islam akibat tiadanya kepakaran mahupun kemahuan untuk membangunkan sendiri sumber ekonomi yang melimpah ruah ini. Di kebanyakan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, pencapaian ekonomi umat Islam masih jauh ketinggalan.

3) Kekuatan ilmu dan teknologi – Sejarah menukilkan bahawa para cendekiawan Islam adalah pelopor kepada ilmu-ilmu moden seperti kejuruteraan, perubatan, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi dan sebagainya. Namun kini umat Islam jauh ketinggalan dalam bidang ilmu pengetahuan hingga sekadar menjadi penuntut kepada pakar-pakar bukan Islam di negara-negara bukan Islam. Umat Islam juga lebih selesa menjadi pengguna teknologi semata-mata, bukannya peneroka teknologi baru.

4) Kekuatan budaya – Sejak era Ghazwul Fikr lagi, Barat telah berusaha menyogokkan nilai-nilai dan budaya jahiliyyah kepada umat Islam melalui pelbagai mekanisme seperti pendidikan, media massa dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memalingkan umat Islam daripada cara hidup Islam yang sebenar. Implikasi yang dapat dilihat ketika ini ialah keterlarutan umat Islam dengan unsur-unsur hiburan yang melalaikan, sekaligus menjauhkannya daripada ruh jihad dan perjuangan memartabatkan Islam.

5) Kekuatan ketenteraan dan persenjataan – Umat Islam hari ini bukan saja diserang hebat dari segi budaya dan pemikiran, bahkan musuh-musuh Islam turut menekan sesetengah negara Islam dengan menggunakan kekuatan ketenteraan atas alasan memerangi ’terrorisme’. Kebanyakan negara Islam juga masih lagi memiliki kebergantungan terhadap kuasa-kuasa Barat sama ada dari aspek tenaga ketenteraan dan teknologi persenjataan.

6) Kekuatan ukhuwwah – Kesatuan umat Islam semakin terhakis oleh perasaan kebanggaan yang berpaksikan kenegaraan, kebangsaan, kedaerahan serta kesukuan yang telah membawa kepada perpecahan dan permusuhan sesama sendiri. Musuh-musuh Islam pula telah berjaya memprogramkan mentaliti dan rutin kehidupan orang-orang Islam agar disibukkan dengan keperluan diri sendiri sehingga hilang keprihatinan terhadap saudara-saudara seIslam di sekeliling mereka.

7) Kekuatan akhlak – Sistem kehidupan jelmaan Barat yang dipraktikkan oleh umat Islam telah mengundang kepada krisis keruntuhan akhlak yang begitu kritikal. Orang-orang Islam seolah-olah sudah hilang sensitiviti terhadap prinsip-prinsip akhlak Islam, sehingga tidak mampu membezakan antara kebaikan dan kemungkaran. Lebih merisaukan ialah berleluasanya unsur-unsur maksiat dan penzinaan yang dikhuatiri akan menghancurkan generasi Islam pada masa hadapan.

Berdasarkan analisa kekuatan dan kelemahan di atas, dapat disimpulkan bahawa umat Islam hari ini mungkin gah dari segi nilai kuantiti tetapi rapuh dari segi nilai kualiti. Justeru tidaklah menghairankan jika umat Islam ketika ini ketinggalan dalam arus persaingan dengan bangsa-bangsa yang lain. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat r.a. tentang umat akhir zaman yang bermaksud:

”Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, ”Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab,”Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabat bertanya, ”Apakah al-wahn itu, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, ”Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Dawud dan Ahmad).

Pelbagai simptom boleh dikenalpasti terhadap kelemahan umat Islam seperti cintakan dunia, malas berusaha, tiada wawasan hidup, gemarkan keseronokan, hasad dengki, kecetekan ilmu, muflis akhlak, gila kuasa dan sebagainya. Namun pada hakikatnya, masalah utama adalah berpunca daripada kelemahan jiwa umat Islam yang tandus daripada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Justeru apa yang menjadi keutamaan sekarang ialah membina semula kekuatan umat Islam bertunjangkan keutuhan iman dan akidah yang berpaksikan ajaran Islam yang sebenar. Tiada guna kita bermegah dengan angka 1.57 billion yang besar tetapi nilainya tidak seberapa. Bak kata Syakib Arsalan Rahimahullah, seorang da’i ulung yang hidup di zaman kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah:

”Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan agar diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab: ”Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”

Dari satu sudut kita sememangnya berbangga dengan bilangan penganut Islam yang besar dan tetap berterusan dengan kerja-kerja dakwah untuk menarik lebih ramai manusia kepada Islam. Namun yang lebih penting lagi ialah usaha-usaha pembinaan dan pentarbiyyahan peribadi-peribadi muslim yang berkualiti untuk mengembalikan semula kedudukan Islam di persada yang selayaknya.

Mohd Firdaus Sabturani
Ketua Pengarang, Media ISMA

Link asal di sini


Read more...
| 1 comments ]

Ramadhan hanya beberapa hari sahaja lagi akan tiba. Sudahkah kita bersedia?

Bulan ini adalah bulan ujian dan tarbiah. Bulan ini adalah bulan untuk memperbanyakkan amalan dan mengejar keredhaan dan ganjaran-Nya. Bulan ini adalah sebaik-baik bulan dan di dalamnya ada sebaik-baik malam iaitu Lailatul Qadr.

Dalam bulan ini syaitan dikunci dan dirantai, tetapi satu penghalang utama kita dalam melakukan kebaikan iaitu hawa nafsu masih lagi bebas untuk menguasai dan menghalang kita dalam melakukan kebaikan. Maka saudara saudari sekalian, bermujahadahlah dalam melawan hawa nafsu kita ini. Berusahalan melakukan amal soleh setiap masa, dan betulkan niat dalam setiap amalan dan perkara rutin harian.

Selamat Bermujahadah!~

Ikhlas dari kami di DuniaDeen...





Read more...
| 2 comments ]

Segala puji bagi Allah Azza Wa Jalla, dengan izin dan kehendak-Nya, masih lagi kita diberikan waktu dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi-Nya ini. Kita panjatkan rasa syukur kepada Allah, kerana diberikan kesempatan waktu dan marilah sama-sama kita berdoa agar disampaikan kita kepada Ramadhan Al-Mubarak yang tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi.



Selawat dan salam kepada junjungan yang sangat kita cintai , Nabi Muhammad SAW, Rasul ikutan yang sewajarnya dijadikan contoh ikutan di dalam setiap aspek kehidupan kita. Sekiranya Michael Heart di dalam bukunya The Top 100 Most Influential People In The World meletakkan Muhammad saw sebagai nombor 1, bagaimana pula kita yang menjadi ummat baginda dan berikrar dengan kesaksian itu?

Saya ingin bermula dengan berkongsi sedikit cerita apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. Beberapa hari yang lepas, sedang melakukan tugas di hadapan komputer, saya tertoleh kepada seorang pelajar perubatan di sebelah. Dia sedang asyik dengan komputer di hadapannya. Rupa-rupanya, dia sedang menonton konsert Jepun. Mungkin dia ini home-sick, jadi ingin mengenang kembali keadaan yang wujud di negara Jepun atau paling tidak masyarakat Jepun yang menjadi idolanya.

Apa yang menarik perhatian saya bukanlah konsert itu, tetapi gaya dan juga kandungan kepada konsert itu. Tidak dapat dinafikan bahawa bahana negatif globalisasi turut mencengkam dan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Jepun. Kandungan persembahan itu menjurus kepada percintaan. Bukan sekadar itu, ia juga mengandungi ajakan-ajakan yang tidak senonoh. Malangnya, masyarakat Jepun di dalam konsert tersebut seolah-olah berkhayal dan tidak merasa ada yang tidak kena dengan nyanyi-nyanyian itu.

Begitulah keadaan yang sebenarnya berlaku di seantero dunia. Masyarakat lemas di dalam hiburan, mabuk dengan kesenangan, hanyut dengan material, pekerjaan dan tekanan yang wujud daripadanya. Apa tidaknya, kita lihat sahaja kadar depression yang berlaku di dunia dan digariskan sebagai faktor keempat yang menyumbang kepada Life With Disability di dalam dunia ini.

Ramadhan

Allah SWT menjadikan Islam suatu agama yang sangat sempurna. Kesempurnaan ini dapat terus dibuktikan dari sudut bagaimana Islam menyediakan bulan untuk pendidikan rohani, jasmani dan sistem hidup bagi Muslim. Dalam menghadapi arus globalisasi ini, ummat Islam tidak terkecuali daripada bahana pengaruh dan pemikiran yang menimpa ummat yang lain. Walaubagaimanapun, Allah SWT menyediakan bulan untuk ummat ini kembali kepada fitrah mereka yang mana hanya dengan kembalinya manusia kepada fitrah ini, maka ketenangan akan dapat dicapai.

Ramadhan menyediakan ruang dan peluang kepada Muslim untuk kembali menguatkan hubungan mereka dengan Allah SWT. Bulan ini dihiasi dengan pelbagai ganjaran terhadap setiap amalan yang dilakukan. Tidak hanya itu, Ramadhan juga menjanjikan malam Al-Qadr yang ternyata lebih baik daripada seribu bulan. Ummat juga dikurniakan dengan pelbagai keseronokan seperti keseronokan ketika berbuka puasa, juga keseronokan berjumpa dengan Allah SWT di akhirat kelak.

Subhanallah

Ramadhan juga memberikan ruang kepada pembaikan dan pertautan sistem sosial ummat Islam, iaitulah sistem silaturrahim. Kita akan dapat lihat masyarakat membanjiri masjid untuk bersolat Isya’ dan bersolat tarawikh bersama. Masyarakat sanggup meluangkan berjam lamanya berdiri di belakang imam bagi mengikuti bacaan Al-Quran di dalam solat. Masyarakat bertukar makanan, bertanya khabar, mengukir senyuman apabila berjumpa untuk berbuka puasa. Inilah suatu kekuatan yang menakjubkan yang tidak dapat dirasakan. Gelombang Ramadhan seolah-olah merobah struktur dan gaya hidup korup sesetengah masyarakat Islam kini. Alhamdulillah.



Tentu sekali gelombang Ramadhan ini tidak akan dapat dirasai bagi orang-orang yang tidak menghargai kehadiran dan kedatangan bulan ini. Cinta kepada Allah dan cinta untuk mengabdikan diri kepadanya tidak akan wujud jika ummat Islam mengambil enteng dan melihatnya hanya seperti bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan juga tidak mungkin akan dapat dimanfaatkan sebaiknya sekiranya ummat ini tidak bersedia dan tidak melakukan persediaan untuknya.

Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan kepada semua pembaca untuk sama-sama melaksanakan persediaan untuk Ramadhan. Sempena Program Semarak Ramadhan, berikut adalah perkara-perkara yang boleh kita sama-sama lakukan untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan:

Minggu 4 - Minggu Qiam & Amalan Sunat
11-17 Syaaban 1430H / 3-9 Ogos 2009


Aktiviti
1) Mulakan dengan Qiyamullail 3x seminggu
2) Tunaikan 2 rakaat selepas Isya’ sebelum tidur
3) Berusaha agar dapat bangun pagi 30 minit sebelum waktu Subuh
Lakukan sunnat Rawatib bagi semua waktu solat(2rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat sebelum Asar, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas Isya’)
Solat Dhuha antara terbitnya Matahari hingga masuk waktu Zohor
Solat Witir selepas Isya’ sehingga sebeum Subuh
4) Iltizam dengan tilawah Quran selepas Subuh hingga terbit Matahari diikuti dengan 2 rakaat Dhuha. Ganjarannya menyamai ibadah haji dan umrah. Lakukan sekali seminggu sebagai permulaan iaitu pada musim cuti.
5) Cuba atur jadual pemakanan anda agar ia benar-benar menyihatkan dan elak makan dengan kuantiti yang terlalu banyak.

Minggu 5 - Minggu Silaturrahim & Rakan-rakan
18-24 Syaaban 1430H / 10-16 Ogos 2009


1) Mulakan minggu ini dengan mengeratkan silaturrahim melalui ziarah atau telefon,email dan sebagainya
2) Cuba sediakan hadiah yang bermanfaat
3) Jadikan Ramadhan dan persediaan menyambutnya sebagai topik perbualan anda dengan semua orang.

Mari sama-sama rasakan aura kehadiran Ramadhan Al-Mubarak!~ =)

-Abu Asr-


Read more...
| 0 comments ]

Sahabat-sahabat sekalian,

Bagaimana persediaan masing masing dalam menghadapi peperiksaan. Sudah semestinya segala keupayaan minda termasuk daya hafalan, kefahaman dan latih tubi dilakukan habis-habisan. MasyaAllah, seperti ke medan peperangan.

Bagus, teruskanlah usaha kalian, moga Allah SWT mengurniakan nikmat kebaikan dan pertolongan terhadap usaha saudara-saudari dalam jihad akademik yang dilakukan.

Baik, pada hari ini, ingin penulis sambung sedikit tentang tips-tips peperiksaan yang boleh kita kongsi bersama, moga-moga sedikit sebanyak tips ini mampu memberi keringanan dan membantu saudara-saudari melayari peperiksaan dengan jayanya, insyaAllah.

1. Dalam menghadapi peperiksaan, kesihatan memainkan elemen yang sangat penting. Minda yang sihat datangnya dari tubuh yang sihat. Oleh yang demikian, pastikan para calon peperiksaan mendapat makanan yang seimbang. Juga, banyakkan makanan minda seperti kurma dan kismis.

Selain itu, di waktu winter ni, jangan biarkan badan terdedah kepada kesejukan untuk jangka yang lama, atau lebih tepat untuk kita katakan, "keep yourself warm".

Banyakkan meminum air kerana air adalah molekul penyerap tenaga yang paling cekap. Ini terbukti melalui kajian saintifik bagaimana molekul-molekul air mampu menyerap perkataan-perkataan dengan memberikan rupa bentuk yang menarik.



Dari sudut alternative medicine juga, kita melihat bagaimana seorang yang cedera dapat dilegakan dengan basuhan air pada kawasan tersebut. Apabila seorang cedera, sel-sel yang cedera seperti kehilangan memori ke kawasan sekitar dan basuhan yang dilakukan dengan segera dengan air dapat membantu penyerapan semula memori-memori yang hilang. Oleh itu, banyakkan meminum air kerana, insyaAllah, ia dapat membantu penyerapan memori dalam pelajaran.

Selain itu, air ini juga dari sudut mainstream medicine, membantu mengekalkan tahap hidrasi (hydration) pelajar-pelajar dan ini menjamin kelancaran peredaran darah ke otak.

2. Senaman ringan. Tidak dapat dinafikan peperiksaan selalunya membawa pelajar untuk duduk di meja study berjam-jam. Ini sememangnya tidak sihat.

Adakanlah waktu untuk senaman ringan bagi membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan penyerapan glukosa ke dalam badan yang seterusnya memberi kesegaran kepada badan. Apabila badan kita segar, kita akan berasa selesa untuk belajar disamping minda juga akan berasa aktif.


Apabila senaman tidak dilakukan, badan akan terasa lesu, tak bermaya dan ini akan memberikan kesan dan impak negatif terhadap potensi otak.

3. Belajar berkumpulan. Sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar untuk menumpukan waktu-waktu terakhir sebelum peperiksaan untuk belajar bersendirian. Ini bukanlah sesuatu yang tidak baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk pelajar merancang waktu untuk mewujudkan ulangkaji berkumpulan.

Group study mampu untuk menjadi satu kaedah yang efektif bagi membantu dalam speed revision. Selain itu, interaksi akademik dengan rakan-rakan juga dapat membantu meluaskan networking sel-sel otak yang insyaAllah, mampu memperluas potensi kefahaman pelajar-pelajar.

4. Hubungan vertikal. Perkara ini merupakan elemen yang terpenting kerana biarpun lautan usaha, biarpun cerdik geliga, tanpa redha dan pertolongan Allah SWT, maka tidak ada sesiapa yang mampu berjaya.

Satu lagi perkara yang perlu kita letakkan di dalam radar masing-masing, kita mahukan kejayaan dengan redha Allah, bukannya istidraj.


Kita mahu biarlah kejayaan kita ni mendekatkan diri kepada Allah bukan sebaliknya. Oleh itu, marilah sama-sama check hubungan dengan Khaliq, kalau agak-agak teruk, marilah mulakan usaha memperbaikinya, bukan untuk exam tetapi jadikan exam sebagai asbab untuk memulakannya.

5. Hubungan horizontal. Hubungan ini juga penting. Di waktu-waktu exam ni, sering akan kita lihat rakan yang selalunya tersenyum riang bersama bertukar menjadi seorang yang serius, kadang-kala seperti tidak pernah berkawan dengan kita. Gurau dijadikan suatu perkara yang serius, perkara remeh bertukar menjadi satu isu.

Oleh yang demikian, apabila menghampiri waktu exam, seorang sahabat, ambillah hati rakan yang lain. Lakukan perkara-perkara yang disukainya, kurangkan senda gurau, banyakkan text-text motivasi yang dapat membina semangat dan keazaman.

Ok, sekadar itu dulu daripada Abu Asr, insyaAllah, tunggukan tips-tips terakhir dalam "Imtihan, Are You Ready?".

Selamat maju jaya untuk semua.=)


Read more...
| 3 comments ]

Segala puja dan puji hanya bagi Allah, Maha Pencipta dan Pemelihara sekalian alam. Sesungguhnya, tiada yang layak disembah melainkanNya dan hanya kepadaNyalah tempat perhitungan dan tempat kembali.

Periksa

Satu fenomena yang tidak asing lagi bagi dunia pelajar baik dari bangku tadika hatta ke peringkat ijazah dan pasca-ijazah. Gelisah, cemas, rasa tak cukup persediaan mahupun rasa confident dan over-confident merupakan perasaan-perasaan yang lahir hasil daripada persepsi dan pengalaman melalui waktu peperiksaan. Perasaan yang timbul merupakan suatu fitrah yang dijadikan buat manusia yang mengandungi sumber kekuatan dan kelemahan di dalamnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan dan kelemahan ini? Kekuatan yang dimaksudkan adalah natijah daripada kesederhanaan di dalam perasaan gemuruh, cemas, berdebar yang wujud dalam menempuh peperiksaan. Dari sudut fisiologi, persepsi peperiksaan ini memberi suntikan kepada penghasilan hormon anti-kawalan (counter-regulatory hormones/stress hormone) bagi mengekalkan kandungan gula yang optimum dalam darah, menguatkan tumpuan dan kapasiti otak, meningkatkan tahap kesedaran (alertness), semuanya bagi tujuan menyediakan badan dan minda untuk jangka waktu yang penting ini.

Walaubagaimanapun, tentu sekali perasaan yang wujud yang tidak dikawal atau hilang kawalan akan memberi impak yang negatif kepada diri seorang pelajar. Hilang tumpuan, kurang tidur, sentiasa cemas dan sebagainya, menjadikan pelajar lesu dan tidak berdaya untuk menempuh peperiksaan yang sedia menanti.

Melihat kepada fenomena-fenomena yang wujud sekitar musim peperiksaan, maka molek kiranya untuk penulis berkongsi sedikit tentang tips-tips bagi menghadapi peperiksaan. Semoga tips-tips ini dapat membantu rakan-rakan untuk menempuh peperiksaan dengan jayanya, insyaAllah atas usaha rakan-rakan dan tentu sekali, akhirnya dengan ketentuan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah dia mengubah apa yang ada pada dirinya.”[Ar-Ra’d: 13]

Tips Menghadapi Peperiksaan

1. Sedarlah bahawa tidak ada kejayaan yang mampu digapai tanpa perubahan yang dimulakan dengan diri sendiri. Seperti firman Allah di atas, nasib bagi seorang manusia hanya akan berubah dengan izin Allah, apabila manusia melakukan perubahan pada dirinya. Sebagai pelajar Muslim, nilai pengorbanan, ketekunan, keghairahan dalam menuntut ilmu merupakan perkara yang sangat penting. Perkataan last-minute study sewajarnya menjadi sesuatu yang janggal di dalam kamus dewan pelajar kerana sebagai pelajar Muslim, kita sewajarnya menjadi a life-time learner, bukan hanya part-time atau last-minute learner.


2. Sedarlah dan tukarlah paradigma. Periksa bukannya matlamat tetapi hanyalah alat. Peperiksaan hanyalah satu alat penyukat bagi mengukur potensi dan kecemerlangan kita dalam penguasaan sesuatu ilmu. Ia bukanlah penyukat yang mutlak tetapi mampu untuk memberi sedikit sebanyak gambaran tentang kemahiran dan kecekapan pemikiran terhadap ilmu yang dipelajari. Dengan menukar paradigma ini, beban yang berat akan sedikit sebanyak reda dan terasa ringannya. Walaubagaimanapun, ini hanyalah mungkin sekiranya proses pembelajaran tidak dilakukan pada saat akhir.

3. Bina keyakinan terhadap keupayaan yang Allah bagi terhadap diri. Contoh, eleh, peperiksaan pun dibuat oleh manusia, saiz otak pun mungkin sama( utk student medik volume of cranial cavity approximately 1.35 L), kalau depa boleh buat soalan, takkanlah aku yang hanya perlu menjawab soalan tak boleh nak buat.

4. Setelah membina paradigma dan niat yang betul dalam menuntut ilmu, maka mulakan perancangan. Kejayaan yang sebenar tidak hadir tanpa perancangan. Alah, rakan-rakan macam tak biasa pula main game apa tu..DOTA.:) Kalau dalam permainan komputer, bukankah perancangan dan strategi dibuat untuk mengalahkan pihak musuh. Macam tu jugalah periksa ni, kejayaan tidak hadir kalau main semberono sahaja. Maka lakukan perancangan dan biarlah perancangan itu mengandungi beberapa elemen iaitu SMART- specific, measurable, achievable, realistic, dan time-frame.

5. Disiplin diri. Hehe, hak ni memang tau, ramai orang susah nak buat. Tapi, disiplin diri ini amat penting bagi memastikan perancangan yang dibuat dapat diikuti sebaik mungkin. Tidak gunanya menulis perancangan di atas kertas jikalau perancangan yang dibuat hanya untuk menyedapkan mata dan melegakan hati. Ikutilah perancangan dan perhatikanlah, perancangan yang diikuti menjadikan kita orang yang tidak banyak membazir masa sebaliknya bersiap-sedia.

Ok, untuk tips-tips seterusnya, teruskan bersama DuniaDeen untuk "Imtihan,Are You Ready?" bersama Abu Asr.

Wassalam.


*Artikel Imtihan: Doa-doa Pilihan klik di sini


Read more...
| 1 comments ]

Shalahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Takrit Irak pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Daulat Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Shalahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan kaum Salib Kristian.

Hasutan Sang Paderi

Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra’, singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi’raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.

Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.

Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.

Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.

Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.

Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas

Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.

Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.

Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.

Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.

Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: “Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.

Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

Raymond d’Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: “Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda.”

Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.

Seterusnya Michaud berkata: “Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.

Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan.”

Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: “Kaum Salib kita yang “bertakwa” itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.

Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: “Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu.”



Read more...
| 1 comments ]

Serangan ke atas Gaza sudah berhenti, kata Israel dan media-media yang dikuasai mereka. Mereka mendabik dada mengatakan kemenangan pada pihak mereka, dan Operasi Cast Lead yang dijalankan sudah berjaya mencapai misi. Kata mereka lagi, kumpulan 'militan' Hamas telah berjaya ditumpaskan dan keadaan sudah kembali tenang. Jika mereka menyerang semula, jari-jari sudah siap dituding kepada Hamas kerana melanggar 'gencatan senjata'.

Benarkah begitu? Apa respons anda jika ditanya pendapat tentang serangan ke atas Gaza?

Tidak mustahil bukan, bila anda kembali ke universiti nanti rakan-rakan sekelas dan pensyarah akan berbincang dan bertanya tentang serangan ini? Kerana mereka tahu anda lain dari mereka. Bukan kerana anda seorang pelajar antarabangsa, tetapi kerana anda seorang Muslim!!!

Sejarah

Selepas peperangan Yarmuk selesai, khalifah ketika itu Amirul Mukminin Umar al-Khattab telah dijemput untuk membuka Kota Baitul Maqdis. Apabila sampainya Umar di sana, beliau melihat tapak masjid al-Aqsa itu dpenuhi dengan sampah sarap. Lalu beliau membongkok dan mengaut sampah itu dengan tapak tangannya. Beliau menyampaikan satu mesej yang jelas kepada para sahabat dan pejuang Islam ketika itu, "do as a do". Lakukanlah sepertimana yang beliau lakukan. Bersihkan dan angkat semula tapak suci dan keramat ummat Islam ini selepas dijajah oleh Byzantine selama beratus-ratus tahun!

Selesai tapak masjid dibersihkan, Umar meminta Bilal bin Rabah untuk melaungkan azan. Bilal telah berikrar untuk tidak melaungkan azan lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW. Tetapi atas pemintaan Umar dan sebagai lambang pembukaan semula tapak suci ini, muazzin pertama ummat Islam ini melaungkan azan semula di masjid al-Aqsa; buat pertama kali dan juga kali terakhir azannya kedengaran selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mendengar lantunan azan Bilal, bercucuran air mata para sahabat kerana rindukan baginda SAW.

Begitu mulia dan tinggi tempat al-Aqsa ini di hati Nabi dan para sahabat. Mereka begitu cintakan tempat yang mulia ini. Kita pula bagaimana?

Terdetikkah di hati rasa insaf dan marah bila melihat bumi itu dipijak-pijak dan diranapkan oleh tentera zionist? Terfikirkah kita bagaimana untuk membantu dan melakukan sesuatu?

Isu Besar

Walaupun serangan ke atas Gaza sudah berhenti seperti kata mereka, isu bumi bertuah Palestin ini tidak pernah berhenti. Serangan itu cuma subset kecil kepada isu Gaza. Sekatan ekonomi, segala keperluan hidup dan bantuan makanan, ubat-ubatan belum lagi berhenti.

Bahkan jika segala sekatan ke atas Gaza diangkat pun, isu besarnya masih belum selesai!

Bumi Palestin masih lagi terjajah. Masjid al-Aqsa masih lagi terkepung dan dalam bahaya!

Masjid al-Aqsa adalah haraam al-syarif, masjid ketiga mulia dan penting kepada ummat Islam selepas Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah. Baitul Maqdis merupakan bumi para anbiya, begitu ramai nabi-nabi yang dilahirkan di sana. Juga tapak berlakunya peristiwa bersejarah isra' yang dicatatkan dengan begitu indah di dalam al-Quran.

Cinta al-Quds

Para sahabat begitu cintakan masjid al-Aqsa ini, sehinggakan sebahagian dari mereka seperti Umar al-Khattab, Saad bin Abi Waqas, Amr bin al-Ashr, Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Mas'ud, menziarahi masjid ini terlebih dahulu sebelum mengerjakan haji dan memakai ihram di sana sebelum berangkat ke Mekah. Tidak dilupakan kisah Bilal bin Rabah tadi, bagaimana beliau melaungkan semula azan pertama kalinya di Masjid al-Aqsa selepas dibuka walaupun telah berikrar untuk tidak melaungkannya lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Ramai juga para ulama dan ilmuan Islam yang lahir di sana dan mereka memuliakan tanah suci ini. Sebagai contoh yang rapat dengan kita, Imam Syafi'i dilahirkan di Gaza dan Imam al-Ghazali telah menulis kitab Ihya' Ulumuddin di Masjid al-Aqsa.

Kehancuran Besar

Walaupun di Gaza lebih 70 buah masjid telah dimusnahkan, penempatan dan rumah-rumah sengaja diranapkan oleh tentera Yahudi, Hamas dan saudara seislam kita di Gaza tidak pernah menyerah kalah dan berundur. Mereka adalah bukti kemenangan sebenar, iaitu bilamana iman dan taqwa tetap utuh, malah bertambah bila diuji dengan seribu satu mehnah besar.

Sahabat sekalian, bagaimanakah diri kita? Mampukah kita mencapai kemenangan ini jika kita di tempat mereka? Bagaimanakah rasanya kehilangan ahli keluarga dan sanak saudara, rumah dirampas dan diroboh, hilang pekerjaan, tiada makanan dan ubatan, malah dilabel lagi sebagai pengganas sedangkan pengganas sebenar terus bermaharajalela!!!

Di saat ini, kehancuran sebenar yang berlaku adalah di kalangan ummat Islam seluruh dunia. Iman dan Islam hanya tinggal di mulut, tidak di hati dan tingkah laku. Sistem sosial, sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem politik dan pelbagai sistem lain dalam kehidupan kita telah diracun oleh musuh-musuh Islam. Semua sistem ini tidak pernah selari apatah lagi sama dengan sistem kehidupan seorang muslim!

Siapa lagi yang merancang dan menjalankannya kalau tidak golongan musuh Islam, Yahudi Zionist dan Kristian ahlul harb yang tidak pernah berpuas hati dan setuju dengan ummat Islam.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah."
[Al-Baqarah 2:120]


Tindakan Kita


Akhirnya, sampai kepada persoalan penting dan perlu ditanya kepada diri sendiri.

Apa yang aku boleh buat untuk bantu mereka???

Jawapannya mudah, namun sangat sedih kerana ramai dari kita yang sebenarnya tidak yakin dan tidak hendak berbuat sesuatu.

*Sumbangan kewangan - sudahkan anda menyumbang?
*Sumbangan tenaga - bantu jayakan program Palestin di tempat anda!
*Sumbangan ruhi - kirimkan doa dan qunut nazilah di setiap waktu solat anda!

*Tingkatkan kesedaran dalam diri tentang isu ummat Islam - Iqra'! Ya, bacalah!
Ayat pertama yang diajar oleh Jibril kepada Nabi SAW. Malangnya kita kini begitu malas membaca. Kaji selidik menunjukkan golongan Melayu secara purata hanya membaca sehelai muka setahun! Aduh kasihan...

*Timbulkan kesedaran dalam kelompok pengaruh anda - Tika Gaza diserang, orang ramai masih sibuk dengan perkahwinan artis? Bertanding lagu hiburan mana terbaik? Apa perasaan anda jika anda di Gaza pada waktu itu, dan mengetahui tindakan mereka ini?

*Boikot produk yang menyumbang kepada Israel - Ya, boikot! Ini bukan barang kempen mainan dan gurauan. Mengapa anda masih tidak percaya? Jika tidak mampu pun, gunakan sistem Buy American Last dan mulakan boikot dengan 4 syarikat utama ini - Starbucks - McDonald - Coca Cola - Sara Lee. (klik pada nama syarikat-syarikat di bawah untuk maklumat lebih lanjut)

Starbucks

Jika diperhatikan, nama dan logonya sahaja sudah menyampaikan maklumat yang besar. Tidakkah kita berfikir secara mendalam?

STAR - lambang kemegahan yahudi zionist bintang bucu 5
BUCKS - merujuk kepada duit ataupun kewangan mereka

Howard Shultz, the chairman of Starbucks is an active zionist.

In 1998 he was honoured by the Jerusalem Fund of Aish HaTorah with "The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" for his services to the zionist state in "playing a key role in promoting close alliance between the United States and Israel". The Jerusalem Fund of Aish HaTorah funds israeli arms fairs chaired by the butcher of Jenin - General Shaul Mofaz, and the zionist propaganda website honestreporting.com.


Howard Shultz,
Chairman of Starbucks

His work as a propagandist for Israel has been praised by the Israeli Foreign Ministry as being key to Israel's long-term PR success.


McDonald

McDonalds chairman and CEO Jack M. Greenberg is an honorary director of the American-Israel Chamber of Commerce and Industry, Inc., of Metropolitan Chicago.

According to the Chicago Jewish Community Online (website of the Jewish United Fund of Metropolitan Chicago), McDonalds Corporation whose global headquarters is based just outside Chicago is a major corporate partner of the Jewish United Fund and Jewish Federation.

Through its Israel Commission, the Jewish United Fund "works to maintain American military, economic and diplomatic support for Israel; monitors and, when necessary, responds to media coverage of Israel".

The Jewish United Fund runs "Fun-filled Summer Family Missions to Israel" (the next one is on Aug 19 2002) where families get to "visit an army base and meet with Israeli soldiers" and "visit our sister city, Kiryat Gat and see the important work we are doing there".


Coca Cola

From 1966 onward Coca-Cola has been a stauch supporter of Israel.

In 1997 the Government of Israel Economic Mission honored Coca-Cola at the Israel Trade Award Dinner for its continued support of Israel for the last 30 years and for refusing ro abide by the Arab League boycott of Israel.

In 2001 the Coca-Cola World Headquarters hosted and was the main sponser of the American-Israel Chamber of Commerce Awards Gala.

It has ben revealed that Coca-Cola Israel sponsers training programs for its workers on subjects including the Israeli-Arab conflict. The course content is created by a company funded by the Jewish Agency and the Israeli government.

In February 2002, Coca-Cola teamed up with "Friends of Israel" and National Hillel to cosponser a lecture given by the infamous zionist correspondent Linda Gradstein at the University of Minnesota.

In July 2002, it has been announced that Coca-Cola, in return for millions in incentives from the Israeli government, is to build a new plant on stolen Palestinian land at Kiryat Gat.


Sara Lee

Sara Lee owns 30% of Israels leading textile company Delta Galil.[4] Sara Lee is the world's largest clothing manufacturer, this opens the worlds markets to Israel, with cloths originating in Israel being sold around the world under one of the many famous Sara Lee brands.[3]

In 1998, Mr. Lucien Nessim of Sara Lee Personal Products received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations, that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy. [2]

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Gaza 2009: We Will Never Forget



Jika anda tidak mampu atau belum lagi membaca entry yang panjang di atas, mulakan dahulu dengan video ini.

Tidak terdetikkah rasa tanggungjawab dan keinsafan di hati bila melihat saudara kita dipijak-pijak di depan mata?

Tidak rasa malukah bila yang bukan bergelar muslim lebih terkehadapan mempertahakan mereka di tanah suci kita Baitul Maqdis?

Wallahua'lam


Faqir ila Allah
Al-Muqri
29 Januari 2009


Read more...
| 1 comments ]

DI MANAKAH AKU DALAM BLOK-BLOK KEHIDUPAN INI?

Segala puja dan puji kita panjatkan kepada Allah S.W.T., Rabb bagi sekalian alam. Demi sesungguhnya, tidak ada yang selayaknya disembah melainkan-Nya, dan Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah pesuruh-Nya yang terakhir. Inilah satu kalimah yang mulia, yang menjadi dasar kepada kehidupan seorang mu’min yang sebenarnya memegang semacam kekuatan bagi pelaksanaan misi manusia diutuskan ke dunia ini.

Hari ini, kita mendengar pelbagai bentuk perjanjian, sumpah setia dan sebagainya dilaungkan dan manusia diarah untuk mematuhi sumpah yang telah dilafazkan. Sebagai contoh, di dalam bidang perubatan, para doktor perlu melafazkan/ berpegang kepada satu sumpah yang dinamakan sebagai Hippocratic Oath. Ini kerana jika saudara-saudari menyingkap sejarah perubatan Barat, bidang perubatan moden ini telah dipelopori oleh seorang yang bernama Hippocrates pada tahun 4 sebelum Masihi. Hippocrates dalam sudut pandangannya mengenai perubatan, telah menggariskan beberapa elemen kemanusiaan untuk digandingkan dengan perkembangan aspek biomedikal. Oleh sebab itu, para doktor, graduan hasil tarbiyyah pendidikan perubatan sekular ini telah diikat dengan satu bentuk sumpah yang mendasari sifat professional mereka.

Walaubagaimanapun, fokus kita bukanlah pada sumpah dalam bidang perubatan ataupun perkara perjanjian secara umum. Apa yang menjadi fokus penulis adalah bagaimana pendekatan dan bentuk pandangan yang berbeza boleh melahirkan kesan yang berbeza daripada sumpah yang dilafazkan.

Manusia yang bersumpah atas dasar profession atau dasar kefahaman akal tidak akan mampu menghasilkan satu natijah yang berkesan dalam konteks pegangan mereka terhadap apa yang mereka janjikan. Namun, manusia yang bersumpah dengan hati yang ikhlas dan penuh dengan kefahaman, dan didasari pula dengan kesungguhan untuk menuntut ilmu bagi lebih mendasari makna sesuatu perjanjian, maka mereka inilah yang mampu untuk melahirkan ikatan hati yang setia terhadap sumpah yang telah dilafazkan.

Kita melihat para muslimin dan muslimat pada hari ini, berapa kalikah secara average kita melafazkan sumpah kalimah ini? Kalau kita ambil bahagian daripada solat wajib sahaja, tidak kurang daripada 9 kali kita melafazkan kalimah syahadah ini di dalam solat kita.

Namun, bagaimanakah kesan yang kita dapat lihat terhadap praktis kalimah ini dalam kalangan masyarakat Islam? Rata-rata, kita dapat lihat bahawa fenomena yang berlaku adalah masyarakat menjadi lalai dan semakin jauh daripada apa yang dilafazkan. Hal ini jelas kerana tiada penghayatan dan sikap untuk mendasari makna kalimah ini di sebalik kehidupan. Ini menyebabkan sumpah yang bermain di mulut, tersimpan di kepala tetapi tidak terpancar di hati sanubari.

Pada hari ini, penulis ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian tentang satu perkara yang sewajarnya meligatkan minda dan mengetuk pintu hati kita semua. Kita sering berkata-kata tentang tahun baru, tujuan hidup sebagai hamba Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan pelbagai lagi persoalan yang dibincang baik dari sudut agama mahupun falsafah. Tiba tahun baru bererti perginya tahun yang lama, terbukalah lembaran baru, tersedianya satu masa untuk para pengembara merancang detik-detik kehidupan akan datang.

Timbul di benak fikiran penulis tentang satu persoalan yakni di manakah daku dalam blok-blok kehidupan. Kita melihat Islam pada hari ini telah kembali pada keadaan asing. Perkara yang haram disangkakan halal dan perkara yang halal disangkakan haram. Perkara yang bid’ah dikatakan sunnah dan perkara yang mungkar boleh dima’rufkan dengan penyelitan – penyelitan perkara yang ma’ruf. Dari sudut ummat, mereka keliru.

Peristiwa-peristiwa sejarah Islam baik dari masa kedatangan Islam hingga zaman kegemilangan telah dipadam oleh para orientalis jahiliyyah yang sememangnya ingin menghilangkan nilai dan jati diri Islam di dalam ummat. Dari sudut sistem, sistem hidup yang berteraskan La Ilaha Illallah telah dicabut dan digantikan dengan sistem hidup material, kapitalis dan sekular. Begitu sekali terperincinya perancangan musuh Islam , puak Yahudi dan Nasrani( yang menentang Islam), hanya kerana mereka ingin meletakkan hawa nafsu mereka sebagai Illah di muka bumi ini.

Satu keunikan yang mereka terapkan bagi memastikan kelangsungan sistem yang mereka rangka untuk manusia, mereka perkenalkan satu konsep yang kita kenal dengan globalisasi. Mereka acuankan ummat mengikut satu acuan yang standard, menghasilkan ummat globalisasi yang tersemat sifat sekular dan materialistik. Satu kedahsyatan yang timbul, sistem mereka ini telah berjaya melahirkan insan-insan jahiliyyah daripada rumahtangga Islam, satu bentuk perindustrian yang bersifat antarabangsa dan merentas pelbagai agama.

Di manakah kita dalam blok-blok kehidupan ini? Sistem kapitalis telah mengikat sebahagian ummat dari sudut ekonominya dengan belenggu hutang dan riba, menyebabkan hidup hanya berpaksikan kerja dan membayar hutang. Sistem dirangka telah menghilangkan ihsan bagi limpahan rezeki dari negara yang kaya kepada yang miskin. Sistem strategik canangan Zionis telah berjaya menghilangkan rasa persaudaraan pada hati dan memparahkannya lagi dengan pengisytiharan persaudaraan pada mulut. Ummat seperti dalam khayalan, menyangkakan sistem hidup inilah yang bagus. Ummat seperti dalam pesona dunia, berkiblatkan barat, bertemankan musuh dan bermusuhkan teman. Apakah gerangan halnya yang berlaku pada ummat ini?

Lihat sahajalah situasi yang berlaku di Palestin dengan peperangan terbaru yang menyaksikan pihak Zionis Israel mengebom bertubi-tubi kawasan Gaza dan terowong yang menghubungkan Palestin dengan Mesir. Lihat sahajalah angka korban dan yang cedera parah. Ketika peristiwa ini memecah hening suasana, mengisi angkasa dengan tangisan dan jeritan suara, ada pula ummat di sebelah sini yang seronok menyambut tahun baru. Inilah satu indikator yang jelas terhadap betapa lemahnya ummat Islam pada hari ini. Tidak sah lagi, negara Jahiliyyah telah dijadikan ustaz, diikuti hinggakan sampai masuk ke lubang-lubang biawak!!

Para pemimpin negara Islam hanya mampu untuk menyuarakan bantahan terhadap peristiwa dahsyat yang menimpa Palestin. Satu perkara yang memalukan, para pemimpin hanya mampu berbuat demikian sebagai memenuhi syarat untuk mempertahankan Islam. Semangat Islam hilang, semangat jihad pudar, mereka terbawa-bawa dengan perasaan takut akan dilabel oleh si ustaz Amerika ini dengan label pengganas.

Itu dari sudut negara, dari sudut insan pula bagaimana? Inilah yang menimbulkan persoalan di manakah daku dalam blok-blok kehidupan? Sedang sibuk pejuang Palestin dengan urusan mempertahankan agama dan tanah air, di mana pula daku di dalam perjuangan ini?

Apakah sumbangan yang daku telah dan akan hulurkan atau pernahkah sekurang-kurangnya ada perasaan bagi menghulurkan bantuan bagi menegakkan Deen Allah. Dunia akan terus bergerak, darah akan terus mengalir, para pejuang akan terus menerima anugerah syahid sehingga Allah menetapkan kemenangan untuk agama-Nya. Persoalannya, adakah kita hanya ingin bersama agama Allah sewaktu Islam di atas? Tidakkah itu sombong namanya.

Aduhai syabab, marilah kita sama-sama mengambil peluang di kala semangat hijrah yang ada ini, untuk kita simpan dahulu penumbuk-penumbuk ini. Marilah kita garapkan tenaga untuk sama-sama membina kefahaman agama, keikhlasan beramal, ketajaman dan kerencaman ilmu dan pemikiran serta strategi-strategi berkesan untuk meletakkan semula Islam di tempatnya suatu hari nanti. Ingatlah dan selalulah kita bertanya, di manakah daku dalam blok-blok kehidupan ini?

Wallahu A’lam

-Abu Asr-



Read more...
| 0 comments ]

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 154: "Janganlah kamu menganggap (berkata) mereka yang berjuang di jalan Allah (jihad) mati, bahkan mereka sebenarnya hidup tetapi kamu tidak mengetahui."

Sidang Jumaat sekalian,

Dendam kesumat dan kezaliman orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat Islam tidak akan padam bermula dengan peristiwa hijrahnya Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Semenjak peristiwa hijrah yang memberi impak besar terhadap perkembangan Islam, Yahudi sentiasa merencanakan programnya bagi memastikan Islam akan lemah dan tidak diterima oleh manusia. Bermulalah perancangan-perancangan licik mereka dengan menggunakan pelbagai pendekatan, sama ada yang sulit mahupun yang terang bagi memastikan cita-cita mereka untuk menguasai dunia tercapai.

Sebagai contohnya, Perang Ahzab tercetus adalah disebabkan persekongkolan kabilah-kabilah Arab untuk menyerang Madinah hasil adu-domba dan hasutan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi setelah mereka mengkhianati perjanjian dengan Rasulullah saw.

Contoh lain pula, apabila Kota Konstinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang boleh menatijahkan Islam akan berkembang dengan pesat di benua Eropah, Yaaqub Basha (Miyastro Jacob) seorang doktor yang beragama Yahudi telah membunuh Sultan serta panglima perang ini, dengan meracunnya pada tahun 1487M. Sejarah moden juga tidak ketinggalan mencatatkan, bagaimana pelbagai perancangan jahat mereka melalui pertubuhan zionis, telah menghasilkan negara haram Israel pada 14 Mei 1948 melalui perampasan tanah-tanah milik umat Islam hasil perjanjian Balfour pada tahun 1917.

Persekongkolan zionis dengan negara-negara Eropah terutamanya Britain pada masa tersebut, telah menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin sehingga menjangkau 60 tahun lamanya sehinggalah kepada serangan besar-besaran melalui udara yang dilakukan oleh rejim zionis kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sekarang ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati,

Demokrasi pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh Barat dan didokong oleh mereka telah menyebabkan HAMAS memenangi pilihanraya pada tahun 2006. Mantan Presidan Amerika Syarikat sendiri, iaitu Jimmy Carter yang menjadi pemerhati pilihanraya tersebut, telah menyatakan bahawa pilihanraya yang dijalankan adalah telus dan adil. Rakyat Palestin telah memilih HAMAS melalui demokrasi yang didokong oleh Amerika Syarikat tetapi negara kuasa besar ini jugalah, yang menafikan kemenangan tersebut hasil daripada pengaruh zionis yang menguasai Rumah Putih.

Rakyat Palestin telah memilih kerajaan yang sah menurut perlembagaan tetapi telah dinafikan kerana memilih HAMAS yang menjadi musuh kepada negara Israel . Amerika dan Israel lebih berminat untuk membuat hubungan dengan FATAH yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas kerana mudah bagi mereka mempengaruhinya berbanding Ismael Haniyya yang lebih tegas dengan Israel .

Hakikatnya pelbagai perjanjian yang dimeterai termasuklah Perjanjian Oslo pada tahun 1993, namun kesemua perjanjian tersebut tidak memihak kepada rakyat Palestin sehingga kezaliman dan penindasan berterusan.

Kemenangan HAMAS telah menyebabkan sekatan dilakukan oleh rejim zionis sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak dapat digambarkan dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza . Bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan sehingga memberi kesan penderitaan yang amat perit untuk digambarkan. Tanpa peri kemanusiaan, rejim zionis melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka tanpa menghiraukan bantahan masyarakat dunia, undang-undang antarabangsa dan protokol-protokol Geneva yang diluluskan oleh masyarakat antarabangsa.

Rakyat Semenanjung Gaza yang berjumlah 1.5 juta mengalami kelaparan, kesakitan berpanjangan, pengangguran dan kesusahan yang tidak boleh digambarkan oleh masyarakat dunia khususnya di Malaysia . Setelah pelbagai sekatan dijalankan tanpa ada reaksi daripada kerajaan negara-negara Arab yang berada di sekitarnya, rejim zionis menggerakkan ketumbukan tentera daratnya dengan kereta-kereta kebal buatan Amerika Syarikat untuk menjajah Semenanjung Gaza dengan didahului serangan udara yang amat dahsyat sehingga mengorbankan lebih daripada 300 rakyat Palestin.

Apa yang lebih malang , sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya.

Sidang Jumaat rahimahullah

Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina setelah Masjid al-Haram dan merupakan tempat di mana Rasulullah saw di Isra' kan sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha. Negara Palestin merupakan negara yang diberkati kerana ramainya para nabi diutuskan oleh Allah swt di situ, Palestin juga merupakan bumi yang subur dan merupakan negara yang dahuluinya dimiliki oleh umat Islam keseluruhannya.

Pembebasannya telah dilaksanakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab daripada cengkaman Rom Byzantine tetapi kemudiannya dijajah selama 88 tahun oleh tentera-tentera salib Eropah. Walaubagaimanapun, Solahuddin al-Ayyubi atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub berjaya membebaskan semula daripada kezaliman tentera salib pada tahun 1187M. Kata-kata yang pernah dinukilkan daripada Solahuddin yang berbangsa Kurdi ini mengenai Palestin ialah: "Barangsiapa yang dapat menguasai Palestin (Masjid al-Aqsa), maka akan dapat menguasai dunia keseluruhannya."

Sesungguhnya bumi yang terdapat Masjid al-Aqsa sekarang ini telah dikuasai oleh rejim zionis melalui perancangan-perancangan licik mereka melalui kerjasama dengan negara-negara Eropah terutamanya Amerika Syarikat. Dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki, persepakatan yang jitu dan perancangan yang teliti, bumi ini telah dikuasai oleh bangsa yang pernah membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Bangsa ini jugalah yang pernah membakar Masjid al-Aqsa pada tahun 1967 dan bangsa ini jugalah yang sekarang ini sedang melakukan holocoust kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza . Kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan memang telah didoktrinkan di dalam kitab suci mereka iaitu kitab Talmud dan terbaru Khakam mereka (ulama Yahudi) telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian, dihapuskan melalui penubuhan semula organisai 101 yang dipimpin Ariel Sharon.

Pertubuhan inilah yang telah mengganas dan membunuh ribuan pelarian Palestin di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Zionis sebenarnya tidak mengerti apa ertinya perjanjian perdamaian, zionis buta dengan resolusi-resolusi amaran, zionis adalah bangsa yang pekak dengan arahan menghentikan serangan dan zionis jugalah bangsa yang menganggap mereka bangsa pilihan tuhan.

Untuk melawan mereka, bukanlah dengan kata-kata damai, perjanjian persefahaman dan persetujuan yang didokumenkan, tetapi ia memerlukan kekuatan jihad yang berpanjangan dari seluruh umat Islam.

Sidang Jumaat sekalian,

Rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi pertarungan berseorangan tanpa bantuan daripada kerajaan negara-negara Arab dan Islam. Walaupun mereka bersendirian, mereka tetap melawan dengan kekuatan yang ada melalui pelancaran roket buatan sendiri yang mampu sampai ke sasaran 12 sehingga 40 km jauhnya. Inilah kekuatan pejuang Palestin yang amat ditakuti dan digeruni oleh Israel sehingga rejim ini mengarahkan serangan melalui udara dan darat kepada rakyat Palestin di Gaza. Mereka bertindak kerana mereka terancam dan takut dengan serangan yang dilakukan oleh para pejuang dan inilah sikap mereka sebenarnya yang membina tembok-tembok untuk melindungi mereka.

Kita semua mengetahui penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin tetapi apakah tindakan yang perlu kita lakukan bagi membantu saudara seakidah kita di Palestin serta menyelamatkan Masjid al-Aqsa daripada diruntuhkan untuk digantikan dengan Haikal Sulaiman atau Temple Solomon. Adakah kita hanya menunggu keajaiban berlaku tanpa melakukan apa-apa dengan hanya melihat kezaliman terus berleluasa.? Adakah kita hanya mendiamkan diri dengan harapan orang lain yang membantu? Adakah kita semua terus menyepikan diri dengan membenarkan pembunuhan terhadap rakyat Palestin?

Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin.


Kita semua akan disoal oleh ALLAH SWT. Kita wajib membantu mereka dengan keupayaan kita. Di antara bantuan yang boleh kita berikan ialah:

1. Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.

2. Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.


3. Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.


4. Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.


5. Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin sebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.


6. Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.


7. Umat perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan mewujudkan kesatuan yang jitu berasaskan kepada agama Islam dan seterusnya menggandakan usaha melalu perancangan tersusun untuk membebaskan Palestin.


Ingatlah, barangsiapa yang tidak mengambil berat ke atas urusan umat Islam maka sesungguhnya mereka bukan tergolong daripada mereka. (Maksud Hadith)

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah

Dahulunya penjajah telah melabelkan Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Mat Kilau, Dato' Maharajalela, Dato' Bahaman dan para pejuang Melayu yang lainnya sebagai pemberontak dan akhirnya mereka diburu oleh penjajah British sehingga mereka syahid di medan pertempuran. Mereka dianggap oleh British sebagai pemberontak kerana mereka bangun menentang penjajahan dan mempertahankan Tanah Melayu dari terus dijajah oleh British.

Persoalannya sekarang, adakah HAMAS yang berjuang menentang keganasan dan kezaliman di bumi Palestin dianggap sebagai pengganas sedangkan mereka berjuang mempertahankan tanah air dan rakyat yang memilih mereka? Adakah mereka pengganas kerana merekalah yang mempertaruhkan jiwa dan raga mereka membebaskan Palestin?

Sesungguhnya tertipulah kepada mereka yang menganggap HAMAS sebagai pengganas kerana label ini diberikan oleh negara haram Israel dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, persengkokolan dengan mengiktiraf HAMAS sebagai pengganas merupakan satu kesilapan yang perlu diperbetulkan. Mereka adalah pejuang mempertahankan tanah air dengan menggadaikan nyawa mereka dengan kelengkapan peperangan yang amat terhad.

Sidang Jumaat sekalian,

Rakyat Palestin memerlukan doa kita, Palestin mengharapkan bantuan berterusan daripada kita semua, Masjid al-Aqsa mengharapkan munculnya Solahuddin al-Ayyubi bagi menyelamatkanya daripada diruntuhkan dan harapan ini tersandar kepada bahu-bahu kita semua.

Bangunlah membantu Palestin! Allahuakbar!

Jumaat
5 Muharam 1430H
2 Januari 2009



Read more...
| 0 comments ]





Episod terakhir bagi Pandang Belakang ini memaparkan hijrah, perubahan baru Faried ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik dan menghayati hakikat Islam dan seorang muslim yang sebenar.

Usaha ini semestinya tidak mampu dilakukan oleh beliau berseorangan. Amir sebagai seorang sahabat yang baik dan prihatin telah sama-sama membantu dalam mendidik diri mereka sendiri untuk berubah menjadi lebih baik. Mereka kini menghabiskan masa sempit dan lapang dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah dan saling berkongsi serta bertukar pendapat untuk meluaskan pemikiran dan pemahaman mereka. Sewajarnya kita sebagai seorang muslim perlu prihatin dan mengambil berat pada mereka yang berada di sekeliling kita, dan mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri. Mafhum sabda Nabi SAW:

"Tidak benar-benar beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi diri sndiri." (Muttafaqun 'alaih)

Seperti yang telah dibuktikan dalam seerah Nabi SAW dan para sahabat, juga pada sejarah manusia terdahulu, persekitaran dan sahabat yang baik merupakan antara dua faktor utama yang sangat penting untuk membantu seseorang berubah. Persekitaran yang baik, atau biah solehah, akan membantu seseorang untuk membina dan menguatkan keimanannya kepada Allah SWT dan seterusnya akan membantunya untuk melonjakkan potensi besar yang ada dalam diri setiap manusia yang telah diciptakan oleh-Nya.

Maka tidak hairanlah Allah SWT melalui Rasul-Nya telah memerintahkan kita untuk sentiasa menjaga diri dengan mendampingi sahabat-sahabat yang baik, sentiasa berada dalam persekitaran yang dapat membantu kita dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri. Sabda Nabi SAW:

"Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya." [H.R. Tarmizi]

Sempena tahun baru Hijrah 1430H dan juga tahun baru Masihi 2009, marilah sama-sama kita berazam dan berusaha untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Jadilah seorang hamba dan 'abid yang taat kepada Pemiliknya
Jadilah seorang khalifah yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Jadilah seorang anak yang soleh/ah kepada ibu bapa
Jadilah seorang muslim yang faham erti sebagai seorang muslim
Jadilah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah
Jadilah seorang manusia yang berguna kepada masyarakat dan alam di sekeliling
Jadilah seorang daei yang sentiasa kuat dalam menyebarkan risalah kebenaran
Jadilah seorang cendekiawan yang menjadi tempat rujukan orang di sekeliling

Semoga kita termasuk dalam golongan manusia yang beruntung kerana hari ini lebih baik dari semalam, dan semoga kita dihindarkan dari menjadi manusia yang rugi kerana hari ini sama dengan semalam, dan semoga kita dijauhkan dari menjadi manusia yang dilaknat Allah SWT kerana hari ini lebih buruk dari semalam.

Salam Maal Hijrah dan tahun baru dari warga DuniaDeen. Binalah keazaman untuk berubah menjadi insan yang lebih baik insyaAllah.

Selamat datang 1430H dan 2009!

"Pandang ke hadapan meneroka kejayaan,
pandang ke belakang menyingkap rahsia kejayaan."


Read more...