"SELERA DUNEDIN" merupakan salah satu projek ekonomi terbaru di bawah Biro Ekonomi, ISMA NZ Dunedin bagi sesi 2011.
Antara tujuan projek ini diadakan adalah untuk:
- Mengumpul dana bagi aktiviti-aktiviti ISMA NZ Dunedin
- Melatih skill keusahawanan dan berniaga di kalangan para ahli dan pelajar
- Membuka peluang perniagaan kepada masyarakat Malaysia di Dunedin
- Menyemarakkan bidang keusahawanan dan perniagaan di kalangan masyarakat Malaysia di Dunedin
- Memberi kemudahan kepada para pelajar dan warga Malaysia di Dunedin dari segi menjimatkan masa untuk menyediakan makanan
Modus Operandi:
- Pembekal makanan yang berminat untuk menjual makanan menghubungi kami (Biro Ekonomi ISMA NZ Dunedin) untuk menguruskan urusan menu dan harga jualan makanan
- Pihak kami akan mengeluarkan iklan dan notis awal untuk setiap jualan makanan kepada umum
- Para pembeli yang berminat menghantar tempahan makanan dan kuantiti melalui emel atau text message sebelum waktu akhir tempahan
- Pembekal menyediakan makanan dan menyerahkan kepada wakil kami
- Para pembeli hadir di tempat dan masa yang ditetapkan untuk mengambil dan membayar makanan yang telah ditempah
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh rujuk di laman blog Selera Dunedin atau hubungi wakil kami di +64220144236 / duniadeen@yahoo.com
Sekian, terima kasih
Biro Ekonomi
ISMA NZ-Dunedin 2011






No Response to "Selera Dunedin"
Post a Comment