--
0

Dunedin, 5 Mar - Seminar Kecemerlangan Akademik (SKA) telah berlangsung dengan jayanya semalam. Kehadiran lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar baru dan lama telah memeriahkan lagi seminar tersebut yang diadakan di Activities Hall, Club and Socs, Otago University. 



Agenda utama dalam seminar itu adalah satu sesi forum yang dibarisi pelajar-pelajar senior yang mewakili 3 cabang jurusan Health Science First Year (HSFY) iaitu Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi. Seramai 5 orang panelis telah diundang untuk menjayakan forum ini. Mereka terdiri daripada 2 orang wakil HSFY, seorang wakil jurusan Perubatan, seorang wakil jurusan Pergigian dan seorang wakil jurusan Farmasi.




Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan diikuti oleh bacaan doa. Kemudian, pengerusi majlis meneruskan agenda dengan mengajukan beberapa soalan kepada para panelis jemputan. Para panelis dilihat bersungguh-sungguh memberikan nasihat disamping berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar  di sini. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada para panelis jemputan. Sesi forum dan soal jawab yang interaktif ini berlangsung selama lebih kurang 2 jam.



Setelah itu, peserta berpeluang untuk mengunjungi 5 buah "mini booths" yang telah disediakan pada hari tersebut. Para peserta boleh terus ke booth yang berkaitan dengan jurusan masing-masing untuk mendapatkan info lebih lanjut daripada pelajar-pelajar senior yang bertugas menjaga booths tersebut. Selain 3 booths akademik itu, penganjur program juga telah menyediakan booth penjualan buku dan spiritual booth. Peserta seminar berpeluang membeli buku-buku akademik dengan harga yang murah. Spiritual booth pula berperanan dalam memperkenalkan dengan lebih dekat peranan dan tanggungjawab ISMA NZ Dunedin kepada para peserta dengan mengedarkan pamphlet yang mengandungi senarai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang jawatankuasa ISMA NZ Dunedin untuk sesi 2012 ini.



Majlis bersurai pada pukul 2 petang. Diharap, para peserta mendapat manfaat daripada seminar ini. Di pihak penganjur, kami berbesar hati dan berterima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama menjayakan program ini.



No Response to "SKA 2012 beri banyak manfaat"