| 0 comments ]

"Marilah berhari raya, bertakbir dan bertahmid.
Tunaikahlah solat sunat, mendengar khutbah membangun jiwa.
Selepas itu bermaafan menghapus dosa."

Beberapa hari sahaja lagi sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita. Berada di perantauan jauh dari keluarga, tarikan-tarikan seperti membeli-belah, bermain mercun, menghias serta mencantikkan rumah sememangnya kurang melalaikan kita dari menghabiskan detik-detik akhir Ramadhan. Namun, tentunya masih ada ruang-ruang lain di mana kita terlalai dan terleka.

Kami di DuniaDeen mengucapkan salam akhir Ramadhan, semoga pemergiannya ini ditangisi dan memberi seribu satu pendidikan serta pengajaran kepada kita. Soalan yang paling utama, mari kita koreksi dan muhasabah tahap ketakwaan kita. Bukankah perintah puasa di bulan Ramadhan itu diturunkan agar ketaqwaan kita bertambah?

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang semakin menghampiri ini juga, ingin kami mengucapkan Salam Eid Mubarak, Taqabbalahhu Minna wa Minkum (Semoga setiap amalan kami dan kamu semua diterima oleh Allah Swt). Kullu 'am wa antum bi khair...



Mari bersama-sama Takbir Raya Rumah ke Rumah pada malam raya selepas solat Isha'. Bermula di rumah Amir&Faried (Clyde St) dan berakhir di rumah Benji. Kemudian sama-sama dijemput ke rumah Abg Haizal untuk menyertai konvoi postgrads... =)



"Ingatlah hari raya untuk orang bertaqwa.
Kita belum tentu layak ikut sama.
Patut rasa malu pada diri sendiri kalau kita bukan orangnya."

0 comments

Post a Comment