Segala puji bagi Allah Azza Wa Jalla, dengan izin dan kehendak-Nya, masih lagi kita diberikan waktu dan kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi-Nya ini. Kita panjatkan rasa syukur kepada Allah, kerana diberikan kesempatan waktu dan marilah sama-sama kita berdoa agar disampaikan kita kepada Ramadhan Al-Mubarak yang tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi.
Selawat dan salam kepada junjungan yang sangat kita cintai , Nabi Muhammad SAW, Rasul ikutan yang sewajarnya dijadikan contoh ikutan di dalam setiap aspek kehidupan kita. Sekiranya Michael Heart di dalam bukunya The Top 100 Most Influential People In The World meletakkan Muhammad saw sebagai nombor 1, bagaimana pula kita yang menjadi ummat baginda dan berikrar dengan kesaksian itu?
Saya ingin bermula dengan berkongsi sedikit cerita apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. Beberapa hari yang lepas, sedang melakukan tugas di hadapan komputer, saya tertoleh kepada seorang pelajar perubatan di sebelah. Dia sedang asyik dengan komputer di hadapannya. Rupa-rupanya, dia sedang menonton konsert Jepun. Mungkin dia ini home-sick, jadi ingin mengenang kembali keadaan yang wujud di negara Jepun atau paling tidak masyarakat Jepun yang menjadi idolanya.
Apa yang menarik perhatian saya bukanlah konsert itu, tetapi gaya dan juga kandungan kepada konsert itu. Tidak dapat dinafikan bahawa bahana negatif globalisasi turut mencengkam dan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Jepun. Kandungan persembahan itu menjurus kepada percintaan. Bukan sekadar itu, ia juga mengandungi ajakan-ajakan yang tidak senonoh. Malangnya, masyarakat Jepun di dalam konsert tersebut seolah-olah berkhayal dan tidak merasa ada yang tidak kena dengan nyanyi-nyanyian itu.
Begitulah keadaan yang sebenarnya berlaku di seantero dunia. Masyarakat lemas di dalam hiburan, mabuk dengan kesenangan, hanyut dengan material, pekerjaan dan tekanan yang wujud daripadanya. Apa tidaknya, kita lihat sahaja kadar depression yang berlaku di dunia dan digariskan sebagai faktor keempat yang menyumbang kepada Life With Disability di dalam dunia ini.
Ramadhan
Allah SWT menjadikan Islam suatu agama yang sangat sempurna. Kesempurnaan ini dapat terus dibuktikan dari sudut bagaimana Islam menyediakan bulan untuk pendidikan rohani, jasmani dan sistem hidup bagi Muslim. Dalam menghadapi arus globalisasi ini, ummat Islam tidak terkecuali daripada bahana pengaruh dan pemikiran yang menimpa ummat yang lain. Walaubagaimanapun, Allah SWT menyediakan bulan untuk ummat ini kembali kepada fitrah mereka yang mana hanya dengan kembalinya manusia kepada fitrah ini, maka ketenangan akan dapat dicapai.
Ramadhan menyediakan ruang dan peluang kepada Muslim untuk kembali menguatkan hubungan mereka dengan Allah SWT. Bulan ini dihiasi dengan pelbagai ganjaran terhadap setiap amalan yang dilakukan. Tidak hanya itu, Ramadhan juga menjanjikan malam Al-Qadr yang ternyata lebih baik daripada seribu bulan. Ummat juga dikurniakan dengan pelbagai keseronokan seperti keseronokan ketika berbuka puasa, juga keseronokan berjumpa dengan Allah SWT di akhirat kelak.
Subhanallah
Ramadhan juga memberikan ruang kepada pembaikan dan pertautan sistem sosial ummat Islam, iaitulah sistem silaturrahim. Kita akan dapat lihat masyarakat membanjiri masjid untuk bersolat Isya’ dan bersolat tarawikh bersama. Masyarakat sanggup meluangkan berjam lamanya berdiri di belakang imam bagi mengikuti bacaan Al-Quran di dalam solat. Masyarakat bertukar makanan, bertanya khabar, mengukir senyuman apabila berjumpa untuk berbuka puasa. Inilah suatu kekuatan yang menakjubkan yang tidak dapat dirasakan. Gelombang Ramadhan seolah-olah merobah struktur dan gaya hidup korup sesetengah masyarakat Islam kini. Alhamdulillah.
Tentu sekali gelombang Ramadhan ini tidak akan dapat dirasai bagi orang-orang yang tidak menghargai kehadiran dan kedatangan bulan ini. Cinta kepada Allah dan cinta untuk mengabdikan diri kepadanya tidak akan wujud jika ummat Islam mengambil enteng dan melihatnya hanya seperti bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan juga tidak mungkin akan dapat dimanfaatkan sebaiknya sekiranya ummat ini tidak bersedia dan tidak melakukan persediaan untuknya.
Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan kepada semua pembaca untuk sama-sama melaksanakan persediaan untuk Ramadhan. Sempena Program Semarak Ramadhan, berikut adalah perkara-perkara yang boleh kita sama-sama lakukan untuk mencapai objektif-objektif yang telah digariskan:
Minggu 4 - Minggu Qiam & Amalan Sunat
11-17 Syaaban 1430H / 3-9 Ogos 2009
Aktiviti
1) Mulakan dengan Qiyamullail 3x seminggu
2) Tunaikan 2 rakaat selepas Isya’ sebelum tidur
3) Berusaha agar dapat bangun pagi 30 minit sebelum waktu Subuh
Lakukan sunnat Rawatib bagi semua waktu solat(2rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat sebelum Asar, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas Isya’)
Solat Dhuha antara terbitnya Matahari hingga masuk waktu Zohor
Solat Witir selepas Isya’ sehingga sebeum Subuh
4) Iltizam dengan tilawah Quran selepas Subuh hingga terbit Matahari diikuti dengan 2 rakaat Dhuha. Ganjarannya menyamai ibadah haji dan umrah. Lakukan sekali seminggu sebagai permulaan iaitu pada musim cuti.
5) Cuba atur jadual pemakanan anda agar ia benar-benar menyihatkan dan elak makan dengan kuantiti yang terlalu banyak.
Minggu 5 - Minggu Silaturrahim & Rakan-rakan
18-24 Syaaban 1430H / 10-16 Ogos 2009
1) Mulakan minggu ini dengan mengeratkan silaturrahim melalui ziarah atau telefon,email dan sebagainya
2) Cuba sediakan hadiah yang bermanfaat
3) Jadikan Ramadhan dan persediaan menyambutnya sebagai topik perbualan anda dengan semua orang.
Mari sama-sama rasakan aura kehadiran Ramadhan Al-Mubarak!~ =)
-Abu Asr-
Home
» Ramadhan: Rawatan Kepada Globalisasi
»
bangkitlah saudaraku
» Ramadhan: Rawatan Kepada Globalisasi
[6:12 PM
|
2
comments
]




2 comments
Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle (pbuh) saying regarding Ramadan, "Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven." [Bukhari Book 3 Volume 32]
Ever thought this could be our last ever Ramadan? Let's all make an effort to achieve this. Let's make use of this wonderful month wisely. Ameen
salam..
keep up writing..
semarakkan ramadhan.. ;)
Post a Comment