Musim dingin adalah waktu yang agak sukar untuk mengambil wuduk kerana kesejukkan air yang amat sangat. Air panas pula tidak menentu. Kadang-kadang tiada, kadang-kadang terlalu panas.
Situasi ini bertambah sukar dengan keadaan tandas di Negara barat yang tidak mempunyai kemudahan tempat mengambil wuduk. Akibatnya, tandas yang sepatutnya kering menjadi basah setiap kali orang Islam membasuh kaki-kaki mereka di singki bilik air sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dan curiga kepada pengguna tandas yang lain.
‘Allah mahukan kemudahan bagi kamu dan tidak mahu kesukaran bagi dirimu’ [Al-Baqarah: 185]
Bukankah Islam itu mudah dan praktikal diamalkan di mana sahaja anda berada. Itu sudah tentu kerana terdapat satu rukhsah yang jarang diamalkan oleh orang Islam. Apakah dia??
Rukhsah tersebut adalah menyapu khuf ketika mengambil wuduk tanpa perlu membasuh kaki di dalam singki yang tinggi. Anda bijak!!
Apakah itu khuf?
• Khuf adalah stoking yang diperbuat daripada kulit. Ia digunakan secara meluas dikalangan orang Arab pada zaman Rasulullah untuk berjalan jauh kerana ketahanannya.
•Anda juga boleh menggunakan stoking tebal yang diperbuat daripada bulu atau kapas (stoking yang biasa anda gunakan)
Syarat-syarat menyapu khuf
a) Perlu menutup bahagian kaki yang dibasuh semasa berwuduk. Maksudnya stoking itu perlu menutup hingga ke paras buku lali. Walaupun anda mempunyai stoking kulit, ia TIDAK dipanggil khuf jika tidak menutup buku lali.
b) Stoking tersebut menghalang air daripada menembusinya apabila disapukan air. Sapukan air sedikit sahaja, bukannya curahkan air.
c) Jikalau menggunakan stoking kulit, pastikan kulit itu suci dan telah melalui proses penyucian.
d) Stoking tersebut tahan lasak dan tidak koyak.
Cara-cara menyapu khuf
a) Berwuduk dengan sempurna sebelum menyapu.
b) Menyapu khuf dengan air dibahagian atas kaki. Sunat dibahagian telapak kaki.
Tempoh masa khuf
a) Bagi orang yang bermusafir, boleh menyapu khuf selama 3 hari 3 malam tanpa membukanya.
b) Bagi yang bermukim seperti kita yang dalam kesejukkan, hanya 1 hari 1 malam sahaja.
Perkara yang membatalkan khuf
a) Si pemakai membuka khuf
b) Habis tempoh penyapuan
c) Berlaku hadas besar
“Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan…” [Hadis riwayat Bukhari]
Inilah keindahan Islam, ia sangat menepati fitrah manusia. Islam adalah ad-din yang mampu diamalkan oleh seluruh umat manusia walau di mana mereka berada. Yang menjadikan Islam ini sukar adalah umatnya yang cetek ilmu dan tidak yakin dengan syariat Islam yang datang daripada Allah, bukannya ciptaan manusia. Oleh itu, mari sama-sama kita belajar memahami Islam supaya syariat Allah dapat diaplikasikan dalam setiap juzuk dalam kehidupan kita. Selamat berkhuf!!
*Sumber rujukan; Fikah Luar Negara karangan Ustaz Maszlee Malik
*Boleh baca lebih detail di sini
*Fatwa from Sheikh Abdullah Khatib regarding Placing the Socks as Khuf boleh dibaca di sini
[7:43 PM
|
2
comments
]




2 comments
assalamu'alaikum..
masyaAllah good info utk sume Muslims!
tp rasenye penting utk btulkan atau add sket kt artikel ni. penulis maybe bleh tambah@btulkan 'a)kene amik wudhuk smpurna dulu SEBELUM pakai khuf/stokin' kat bahagian bawah ni:
"Cara-cara menyapu khuf
a) Berwuduk dengan sempurna sebelum menyapu.
b) Menyapu khuf dengan air dibahagian atas kaki. Sunat dibahagian telapak kaki."
then maybe tambah 'b) kalo wudhuk batal lepas dah pakai khuf/stokin, then bleh berwudhuk, dgn tanpa membasuh kaki, tapi sbaliknya sapu air di atas khuf'.
(maybe ayat dari FAMSY-MSD Portal ni lagi meyakinkan: "Validity of wiping over the socks:
For it to be valid it is essential to put on the khuf/ socks after complete Wudhu has been made. Thereafter if Wudhu breaks, it will be permissible to wipe over the socks without washing the feet when Wudhu is being made.")
sterusnya, b) asal bleh jd c).. :P
em, sy dah baca resources yg diberi, juge beberapa sources lain sebelum ni, tapi takde lak jumpa pasal sunat menyapu di bahagian telapak kaki. jadi boleh ke penulis bg hadis yg berkaitan ni atau bg source lain yg ade tentang ni?
mintak maaf kalau ayat2 ni bunyi x best atau menyinggung mane2 pihak. harap ni komen membina yg juga bermanfaat utk pembaca duniadeen yg lain~
maju terus maju, duniadeen! :D
daripada rekod Abu Daud, Ali berkata, "kalau urusan agama hanya berdasarkan akal semata-mata, nescaya tapak kaki khuf lebih utama disapu drpd atasnya. dan saya pernah melihat Nabi Muhammad kadang-kadang menyapu telapak khufnya juga."
berdasarkan kata2 itu dapatlah kita fahami cara menyapu khuf adalah dgn menyapu air ke atas lapisan atas khuf iaitu dasar atas kaki dan bukannya telapak bawah kaki. walau bagaimanapun, berdasarkan kata-kata itu dapat juga kita fahami tiada kesalahan jg menyapu bawah telapak khuf.
dalam mazhab syafie, perbuatan itu dianggap sunat.... dipetik bulat2 daripada fikah luar negara, utz maszlee malik.
maaf atas kekeliruan.
Post a Comment