Sahabat-sahabat sekalian,
Bagaimana persediaan masing masing dalam menghadapi peperiksaan. Sudah semestinya segala keupayaan minda termasuk daya hafalan, kefahaman dan latih tubi dilakukan habis-habisan. MasyaAllah, seperti ke medan peperangan.
Bagus, teruskanlah usaha kalian, moga Allah SWT mengurniakan nikmat kebaikan dan pertolongan terhadap usaha saudara-saudari dalam jihad akademik yang dilakukan.
Baik, pada hari ini, ingin penulis sambung sedikit tentang tips-tips peperiksaan yang boleh kita kongsi bersama, moga-moga sedikit sebanyak tips ini mampu memberi keringanan dan membantu saudara-saudari melayari peperiksaan dengan jayanya, insyaAllah.
1. Dalam menghadapi peperiksaan, kesihatan memainkan elemen yang sangat penting. Minda yang sihat datangnya dari tubuh yang sihat. Oleh yang demikian, pastikan para calon peperiksaan mendapat makanan yang seimbang. Juga, banyakkan makanan minda seperti kurma dan kismis.
Selain itu, di waktu winter ni, jangan biarkan badan terdedah kepada kesejukan untuk jangka yang lama, atau lebih tepat untuk kita katakan, "keep yourself warm".
Banyakkan meminum air kerana air adalah molekul penyerap tenaga yang paling cekap. Ini terbukti melalui kajian saintifik bagaimana molekul-molekul air mampu menyerap perkataan-perkataan dengan memberikan rupa bentuk yang menarik.

Dari sudut alternative medicine juga, kita melihat bagaimana seorang yang cedera dapat dilegakan dengan basuhan air pada kawasan tersebut. Apabila seorang cedera, sel-sel yang cedera seperti kehilangan memori ke kawasan sekitar dan basuhan yang dilakukan dengan segera dengan air dapat membantu penyerapan semula memori-memori yang hilang. Oleh itu, banyakkan meminum air kerana, insyaAllah, ia dapat membantu penyerapan memori dalam pelajaran.
Selain itu, air ini juga dari sudut mainstream medicine, membantu mengekalkan tahap hidrasi (hydration) pelajar-pelajar dan ini menjamin kelancaran peredaran darah ke otak.
2. Senaman ringan. Tidak dapat dinafikan peperiksaan selalunya membawa pelajar untuk duduk di meja study berjam-jam. Ini sememangnya tidak sihat.
Adakanlah waktu untuk senaman ringan bagi membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan penyerapan glukosa ke dalam badan yang seterusnya memberi kesegaran kepada badan. Apabila badan kita segar, kita akan berasa selesa untuk belajar disamping minda juga akan berasa aktif.

Apabila senaman tidak dilakukan, badan akan terasa lesu, tak bermaya dan ini akan memberikan kesan dan impak negatif terhadap potensi otak.
3. Belajar berkumpulan. Sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar untuk menumpukan waktu-waktu terakhir sebelum peperiksaan untuk belajar bersendirian. Ini bukanlah sesuatu yang tidak baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk pelajar merancang waktu untuk mewujudkan ulangkaji berkumpulan.
Group study mampu untuk menjadi satu kaedah yang efektif bagi membantu dalam speed revision. Selain itu, interaksi akademik dengan rakan-rakan juga dapat membantu meluaskan networking sel-sel otak yang insyaAllah, mampu memperluas potensi kefahaman pelajar-pelajar.
4. Hubungan vertikal. Perkara ini merupakan elemen yang terpenting kerana biarpun lautan usaha, biarpun cerdik geliga, tanpa redha dan pertolongan Allah SWT, maka tidak ada sesiapa yang mampu berjaya.
Satu lagi perkara yang perlu kita letakkan di dalam radar masing-masing, kita mahukan kejayaan dengan redha Allah, bukannya istidraj.

Kita mahu biarlah kejayaan kita ni mendekatkan diri kepada Allah bukan sebaliknya. Oleh itu, marilah sama-sama check hubungan dengan Khaliq, kalau agak-agak teruk, marilah mulakan usaha memperbaikinya, bukan untuk exam tetapi jadikan exam sebagai asbab untuk memulakannya.
5. Hubungan horizontal. Hubungan ini juga penting. Di waktu-waktu exam ni, sering akan kita lihat rakan yang selalunya tersenyum riang bersama bertukar menjadi seorang yang serius, kadang-kala seperti tidak pernah berkawan dengan kita. Gurau dijadikan suatu perkara yang serius, perkara remeh bertukar menjadi satu isu.
Oleh yang demikian, apabila menghampiri waktu exam, seorang sahabat, ambillah hati rakan yang lain. Lakukan perkara-perkara yang disukainya, kurangkan senda gurau, banyakkan text-text motivasi yang dapat membina semangat dan keazaman.
Ok, sekadar itu dulu daripada Abu Asr, insyaAllah, tunggukan tips-tips terakhir dalam "Imtihan, Are You Ready?".
Selamat maju jaya untuk semua.=)




0 comments
Post a Comment