
Dunia Deen ditubuhkan dengan objektif antaranya untuk:
- Membina kesatuan antara pelajar Muslim Malaysia di Dunedin
- Membantu ke arah kecemerlangan akademik dan keterampilan sahsiah pelajar Muslim Malaysia di Dunedin
- Menganjurkan program-program kerohanian dan ilmiah untuk pelajar Muslim Malaysia di Dunedin
- Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang Islam secara menyeluruh dan isu-isu semasa dunia Islam
Dunia Deen komited untuk membantu dalam pendidikan, latihan dan pembangunan lulusan University of Otago yang cemerlang sebagai pemimpin masyarakat masa hadapan yang bukan sahaja lengkap dengan ilmu akademik, malah dengan keterampilan akhlak, kekuatan emosi, jasmani serta rohani.




0 comments
Post a Comment