Kia Ora Pelajar Baru
Alhamdullilah dan syukur pada Allah atas kejayaan anda kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti terbaik di Hemisfera Selatan. Tahniah diucapkankan dari kami di DuniaDeen, University of Otago.
Kami amat memahami perasaan anda samada gembira, gemuruh, risau, cemas, pening dan pelbagai lagi sebagaimana yang telah juga kami lalui sebelum ini. Kami di sini sedia untuk membantu anda dalam apa jua kesulitan yang bakal anda lalui dengan hati yang terbuka. Insya-Allah, semoga pengajian kita di Dunedin ini dipermudahkan.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ditekankan dan diperjelaskan agar tidak timbul masalah sepanjang perjalanan anda dari Malaysia ke Bumi Dunedin ini:
• Dokumen-dokumen penting
• Barang-barang bagasi
• Kediaman/Penempatan
• Sesat di Lapangan Terbang?
• Akaun Bank di NZ
• Sekitar Universiti
A) Dokumen-dokumen Penting
Bagi memudahkan segala urusan anda di sini, dokumen-dokumen seperti :
- Passport
- Salinan visa
- University offer letter
- Financial Affidavit dari penaja (MARA/JPA/PETRONAS, etc)
- dan lain-lain
• Cuaca ketika musim panas lebih kurang 13’C – 24’C. Walaupun musim panas, jaket dan sweater memang selalunya dipakai terutamanya kepada mereka yang kurang tahan dengan cuaca sejuk.
• Anda dinasihatkan untuk membeli baju sejuk yang “bagus” di Malaysia kerana lebih banyak pilihan dan harga yang semestinya murah.
• Namun, jangan panik jika sukar untuk mendapatkan baju sejuk yang bagus dari Malaysia. Terdapat kedai “second-hand” yang menawarkan baju-baju sejuk yang masih elok untuk dipakai pada harga yang sangat murah.
• Untuk makluman anda, di Dunedin kebanyakan barang yang anda mahukan untuk memasak masakan Malaysia boleh didapati di Asian Groceries. Terutamanya rempah-ratus seperti serbuk kari dan serbuk kurma. Namun harga mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.
• Sebelum anda mengemas dan memasukkan barang-barang makanan yang hendak dibawa ke dalam bagasi, sila rujuk barang-barang yang boleh dan juga tidak boleh dibawa di laman web Imigresen NZ. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kesulitan di lapangan terbang semasa memasuki NZ.
• Cumberland College - $288.50 seminggu
• Hayward College - $288.50 seminggu
• Dan beberapa college-college lain
D) Sesat di Lapangan Terbang?
Terminal antarabangsa dan domestik Auckland adalah terpisah di dua tempat berbeza dan mengambil masa 15 minit untuk berulang alik antara keduanya. Anda mungkin terpaksa menolak bagasi anda sendiri untuk check in untuk flight seterusnya ke Dunedin. Anda juga boleh menaiki shuttle bas yang disediakan percuma. Pastikan anda bertanya kepada orang di sekeliling bagaimana untuk ke terminal domestik.
Terdapat beberapa kes yang pernah berlaku di kalangan senior-senior yang terpaksa bermalam di Auckland kerana terlepas flight seterusnya. Anda tidak perlu khuatir, kerana ada senior-senior yang akan menunggu anda di lapangan terbang antarabangsa dan membantu anda untuk ke lapangan terbang domestik. Apa yang anda perlu lakukan adalah memberitahu kenalan anda atau senior-senior (i.e. kami di DuniaDeen!) tarikh dan masa penerbangan anda. InsyaAllah, sedikit sebanyak akan membantu anda ketika sampai di New Zealand.
• Bank of New Zealand
• National Bank
• Westpac Bank
• Dan lain-lain lagi




8 comments
assalammualaikum, saya seorang ibu kpd seorang pelajar yg mungkin akan ke univrsiti otago pd feb 2010. Bolehkah saudara/saudari nyatakan berapakah org pelajar perempuan yg sedang menuntut di universiti tersebut. Bagaimanakah cara saya hendak berhubung dgn salah seorang dari pelajar perempuan di sana. Besar hati dan syukur ke hadrat ilahi sekiranya pihak sana dpt berhubung dgn saya berdasarkan alamat e-mail yg trtera
rashida.osman@yahoo.com
waalaikumussalam wrth. terima kasih atas pertanyaan. kami akan hubungi puan di alamat emel yang diberikan. terima kasih.
assalamualaikum,
I am a master student coming to Otago in Feb 2010. Master of science in pharmacology. ade tak orang lain sama course ni? kalau boleh saya nak mintak contact. otherwise saya nak mintak kalau saya boleh contact seseorang from dunedin/otago sbb nak mintak tulun carikkan accommodation n to ask few questions, preferably org yg ade family la . boleh tak contact saya balik azifah_11@yahoo.co.uk
tq: norhafiza
waalaikumussalam. kami akan hubungi cik/puan norhafiza segera di alamat emel yang diberi. insyaAllah kami akan tolong sebaik mungkin. terima kasih.
Assalamualaikum. berapa kos sara hidup yg agak selesa bg seorang pelajar yg buat latihan praktikal di New Zealand yg cuma dpt elaun bulanan NZD200 serta kemudahan tempat tinggal dan makan minum disediakan semasa tempoh latihan industri je......
Waalaikumussalam wrth.
Selain makan minum dan tempat tinggal, kos2 lain tak terlalu tinggi melainkan tempat tinggal tu tak termasuk bil2 mcm elektrik dan internet. Jadi untuk perbelanjaan sampingan NZD200 cukup insyaAllah. Sekali-sekala kalau nak makan di luar kos one meal average ~NZD9.00.
Tapi untuk berjalan pusing2 NZ, buat aktiviti2 di sini dan shopping semestinya perlukan lebih dari tu.
Salam,saya sorg abg kpd sorg pelajar perempuan yg akan ke universiti Otago pd April 2010 utk menyambung pengajian Master di sana. Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan,bagaimanakah cara adik saya dpt berhubung dgn salah sorg pelajar perempuan di sana bagi memudahkan dia menyesuaikan diri di sana.Saya mohon jasa baik pihak tuan/puan agar dpt membantu saya.Bersama2 ini saya sertakan email saya.hakimi3d@yahoo.com
wsalam wrth. terima kasih hakimi. kami hubungi sdr. melalui emel diberi ya... =)
Post a Comment