Komuniti masyarakat Muslim di Dunedin terdiri daripada pelbagai bangsa dan datang dari pelbagai negara. Majoritinya adalah daripada Arab Saudi, Malaysia, Brunei, Mesir dan beberapa lagi negara di Asia Barat.
Otago Muslim Association (OMA) atau Persatuan Muslim Otago telah ditubuhkan pada tahun 1994. Ketika tahun-tahun awal penubuhannya, masyarakat Muslim pada ketika itu tidak mempunyai masjid atau satu tempat khas untuk berkumpul. Solat Jumaat dan solat-solat harian lain dilakukan di bilik-bilik yang disewa, manakala solat hari raya biasanya dilakukan di kawasan lapang seperti padang ragbi atau padang tempat rekreasi.
Masjid Al-Huda
Beberapa tahun selepas itu, OMA telah berjaya mendapatkan dana untuk membeli sebuah bangunan yang terletak di Clyde Street dan mengubahsuainya menjadi Dunedin Islamic Centre ataupun dikenali juga sebagai Masjid Al-Huda. Lokasinya yang strategik, berdekatan dengan universiti dan pusat bandar, memudahkan ia menjadi satu pusat komuniti dan menjadi nadi penting kepada masyarakat Muslim di Dunedin.
Indoor Hall
Antara fasiliti yang terdapat di masjid ini adalah sebuah dewan solat yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang dan sebuah dewan aktiviti (indoor hall) yang menjadi tempat berbuka puasa di bulan Ramadhan dan tempat permainan sukan seperti badminton, bola tampar dan futsal diadakan. Pada setiap hari Jumaat juga, dewan besar ini digunakan oleh lelaki untuk menunaikan solat Jumaat manakala dewan solat yang kecil tadi digunakan oleh wanita.
Perlbagai aktiviti dianjurkan setiap minggu di pusat ini seperti kelas bahasa arab, kelas al-Quran, kelas pengajian Islam untuk kanak-kanak dan orang dewasa, serta permainan sukan seperti futsal dan badminton. Kebanyakan aktiviti ini diuruskan oleh OMA dengan kerjasama Muslim Student Association (MUSA) yang mana merupakan persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar Muslim di University of Otago.
MUSA mempunyai kaitan rapat dengan pelajar-pelajar Melayu di Dunedin kerana di zaman awal penubuhan MUSA, pelajar-pelajar Muslim dari Malaysia merupakan antara ahli-ahli yang aktif dalam penubuhannya dan seterusnya aktif dalam menggerakkan persatuan ini. Kini, MUSA dianggotai oleh pelajar Muslim dari pelbagai negara dari serata dunia dan aktif dalam menjaga kebajikan dan menyatukan komuniti pelajar Muslim di University of Otago.
Prayer Hall







0 comments
Post a Comment