--
0

‘’Perangilah hawa nafsumu!’’ Jika dibaca dengan imaginasi situasi perang yang menang, pastilah hawa nafsu itu akan terkorban, dilumpuhkan, binasa.

“Lawanlah hawa nafsu yang ada dalam dirimu, sampai nafsu itu tidak berdaya lagi” Dapatkah kita bayangkan seorang manusia tanpa nafsunya? Nafsu makannya hilang begitu sahaja. Pasti manusia itu lesu tidak bermaya.


Allah Maha Besar. Maha Pencipta. Diciptakan manusia bersama hawa nafsu. Pasti ada tujuan dan manfaatnya. Umum sedar.

Umum juga sedar bahawa hawa nafsu itu perlu dikawal!

--
0


Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Di satu sudut bilik, lampu meja masih terang menemani sesi ulangkaji Azam yang akan menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi. Kuapannya makin bertambah namun Azam cuba menahannya dengan beberapa cawan air kopi.




“ Aku mesti mujahadah! Allah sukakan orang yang rajin dan tekun! Allah juga suka orang yang kuat! Dalam hal ini, aku mesti kuat melawan nafsuku supaya aku dapat belajar, dapat markah yang tinggi kemudian jadi orang yang kuat dan terkedepan dalam pelajaran!”

Azam kuat memotivasikan dirinya. Sudah seminggu Azam hidup dalam keadaan yang begitu. Mengabaikan tidurnya, mengabaikan masa makannya dan juga masa riadahnya demi 'berjuang' di medan peperiksaan. Biliknya tidak terurus dengan buku yang bersepah dan pakaian yang tidak terbasuh dan tidak terlipat. Azam hanya tidur menjelang jam 5 pagi. Namun seringkali menyebabkannya terlajak waktu subuh. Maka diubahsuai jadualnya agar tidur hanya selepas waktu subuh. Namun Azam resah kerana hal tersebut menjadikan dia mengantuk di kelas. Tidak lama selepas itu Azam telah dimasukkan ke hospital akibat terlebih dos kafein. Selama beberapa hari dia ditahan di dalam wad, selama itu jugalah dia tidak berupaya untuk mengulangkaji pelajarannya. Azam hampa dan kecewa. Di pembaringannya dia bermuhasabah.

--
0

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. SubhanaAllah, Maha Suci Allah yang menciptakan bumi ini dan seluruh isinya dengan begitu indah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kurniaan nikmat Iman dan Islam. Allahuakbar, Allah Maha Besar yang menunjukkan kekuasaanNya melalui pelbagai fenomena alam. Artikel ini ditulis saat bumi Acheh dan kawasan sekitarnya baru sahaja dilanda gempa bumi. Sesungguhnya, ia satu peringatan buat kita yang kadang-kadang leka dengan dunia yang fana. 

“Kenapa nak baca pasal berita-berita ni? Buku Pathology yang tebal tu pun tak khatam lagi.” 

“Kenapa perlu tahu perkembangan semasa?” 

“Kenapa nak sibuk-sibuk tahu hal Muslim negara lain, hal sendiri dah cukup terjaga ke?” 

--
0

Dunedin, 22 April - Dunedin Health and Family Carnival (DHFC) telah melabuhkan tirainya. Karnival yang berlangsung selama sehari di Hunter Center, Otago Universiti itu telah menarik lebih kurang 100 orang pengunjung. Bertemakan "being more than just healthy", DHFC menekankan kepentingan menjaga kesihatan kepada diri seorang Muslim. Kesihatan yang dimaksudkan tidak terbatas pada kesihatan tubuh badan sahaja, malah kesihatan minda, sosial dan rohani juga turut ditekankan.


--
0

Akhlak menurut Imam Ghazali merupakan situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung. Secara ringkasnya ia adalah tingkah laku spontan seseorang individu.

Daripada Anas RA katanya, “Pada suatu hari Rasulullah melalui seorang wanita yang sedang menangis di tepi kubur lalu baginda bersabda : “Bertaqwalah kamu kepada Allah Azza wa Jalla dan bersabarlah.” Perempuan itu menjawab, “Pergilah, kerana engkau tidak menerima musibah sebagaimana yang aku alami sekarang.” Perempuan itu tidak mengetahui bahawa yang di hadapannya itu ialah Rasulullah SAW. Kemudian perempuan itu diberitahu bahawa lelaki itu ialah Rasulullah SAW lantas dia segera pergi ke rumah Rasulullah dan didapati tiada penjaga pintu di situ, lalu dia berkata (kepada Rasulullah SAW), “Sesungguhnya tadi aku tidak mengenali engkau wahai Rasulullah.” Maka Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya kesabaran itu hanyalah pada insiden (pertembungan) pertama.”

--
0

Jumaat - 13 April, 7.30pm
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma, kami sudah tidak sabar untuk menghadiri Perkhemahan Ikhwah NZ yang akan berlangsung di Motu Moana Scout Camp, Auckland. Seperti yang telah dirancang, kami semua berkumpul di Forth St. Setelah usai solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, kami mula memunggah bagasi masing-masing ke dalam Buroq. Tepat jam 8.15 malam, kami memulakan perjalanan meredah kepekatan malam menuju ke Christchurch kerana penerbangan kami ke Auckland akan berlepas dari lapangan terbang Christchurch pada keesokkan paginya. Alhamdulillah, setelah 5 jam di perjalanan, kami selamat tiba di rumah sahabat kami di Christchurch. Kami mengambil keputusan untuk berehat seketika melepaskan lelah memandu.